Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Southgate: England perlu manfaatkan peluang keemasan dimiliki bagi juarai Euro 2020

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: "Tidak akan ada peluang sebaik ini untuk England memenangi Euro."



Demikian komen dari bekas kapten Alan Shearer selepas Jerman tewas di tangan England 2-0, sekali gus menempah slot ke suku akhir bertemu Ukraine.



Dengan musuh tradisi, Jerman akhirnya berjaya ditumbangkan, skuad bimbingan Gareth Southgate kini mempunyai peluang keemasan bagi menjulang trofi utama di pentas antarabangsa sejak muncul juara Piala Dunia 1966.



Kemenangan England di pusingan 16 terbaik ke atas Jerman menamatkan badi di tangan Die Mannschaft selepas beberapa dekad



Tewas pada edisi Piala Dunia 1970, 1990 dan 2010 di tangan Jerman yang turut menewaskan mereka pada separuh akhir Euro 1996, England berjaya mengawal tekanan dalam pertembungan 'blocbuster' itu dengan Raheem Sterling dan Harry Kane meledak gol pada babak kedua permainan.



Bagaimanapun, ketika penyokong England sudah mula melaungkan 'Football's coming home' bagi meraikan kemenangan yang dinantikan itu, namun Southgate menegaskan ia tidak membawa apa-apa makna sekiranya mereka gagal memenangi kempen Euro kali ini.



Ia sebenarnya tidak memerlukan saya untuk mengatakannya, tetapi apabila kami berada di bilik persalinan, kami sudah bercakap mengenai perlawanan Sabtu ini (awal pagi Ahad menentang Ukraine).



"Pemain mempamerkan prestasi menakjubkan, tetapi ia memberi kesan terhadap fizikal dan emosi. Jadi, kami perlu pastikan kami kembali pulih dan kembali berada di landasan yang tepat.



"Ia adalah detik bahaya buat kami dan sedar akan menjadi cabaran yang lebih sukar selepas ini. Saya fikir pemain juga sedar perkara itu," kata Southgate.



Undian pusingan kalah mati tampak memihak England yang diletakkan pilihan bagi menewaskan Ukraine di Rom untuk aksi suku akhir, awal pagi Ahad ini.



Ukraine yang menewaskan Sweden 2-1 pada masa tambahan awal pagi tadi, hanya menang sekali daripada tujuh pertemuan dengan The Three Lions.



Jika anak buah Southgate mara ke separuh akhir, mereka akan berdepan Denmark atau Republik Czech di hadapan penyokong mereka sendiri di Wembley.



"Saya pernah berada di sini dengan kapasiti penuh stadium, tetapi sorakan yang didengari hari ini sangat luar biasa, berbanding biasa," kata Southgate.



Dengan aksi final turut berlangsung di Wembley, ia adalah peluang terbaik buat England, tetapi perlu mengelak skrip lama berulang yang menyaksikan mereka menang ke atas Sweden di suku akhir, tetapi tewas di tangan Croatia pada aksi separuh akhir Piala Dunia di Russia.



Southgate percaya keperitan yang dilalui ketika di Russia tiga tahun lalu menjadi pengajaran berguna buat England. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >