Premium
Southgate hampir pasti disahkan pengurus tetap England
Dec 1, 2016 | 5:30 AM
REKOD BAIK: England tidak pernah kalah dalam empat perlawanan di bawah Gareth Southgate yang dilantik pengurus sementara pada September lalu.- Foto REUTERS -
LONDON: Persatuan Bola Sepak (FA) hampir pasti akan menamakan Gareth Southgate sebagai pengurus pasukan tetap England yang baru lewat malam tadi, menurut laporan beberapa media British.
Southgate menjalankan tugas pengurus sementara pasukan itu - menggantikan Sam Allardyce yang dipecat selepas hanya 67 hari bertugas pada September lalu menyusuli satu laporan sulit penuh kontroversi akhbar Daily Telegraph mengenai rasuah dalam bola sepak.

