Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Southgate tumpu kembalikan prestasi Kane pada tahap terbaik

Jun 5, 2024 | 5:00 PM
Penyerang utama England, Harry Kane (kanan) berjabat tangan dengan pengurus England, Gareth Southgate. Southgate paparkan kepercayaan beliau kepada kebolehan Kane dan keinginannya untuk kembalikan Kane kepada tahap terbaiknya sebelum Euro 2024.
Penyerang utama England, Harry Kane (kanan) berjabat tangan dengan pengurus England, Gareth Southgate. Southgate paparkan kepercayaan beliau kepada kebolehan Kane dan keinginannya untuk kembalikan Kane kepada tahap terbaiknya sebelum Euro 2024. - Foto REUTERS

ENGLAND: Pengurus England, Gareth Southgate berkata bahawa penyerang Brentford, Ivan Toney akan mendapat peluang untuk bermain semasa perlawanan mereka menentang Iceland pada 8 Jun, tetapi beliau akan mengutamakan Harry Kane untuk kembali pada tahap terbaiknya sebelum Kejohanan Eropah mereka.

Penyerang Bayern Munich, Kane, menghadapi kecederaan belakang pada akhir musim dan hanya dapat bermain selama 30 minit dalam kemenangan 3-0 England ke atas Bosnia dan Herzegovina pada 4 Jun, tetapi beliau tetap berjaya menjaringkan gol ketiga England dalam perlawanan itu.

“Toney akan terlibat dalam perlawanan pada 8 Jun tetapi saya perlu kembalikan Harry Kane pada tahap terbaiknya,” kata Southgate, yang perlu kurangkan jumlah anggota pasukan kepada 26 pemain sebelum 7 Jun.

Toney harus berusaha untuk memberikan impak apabila diberi peluang, walaupun boleh dikatakan terhad, kerana hanya beliau atau Ollie Watkins akan dipilih sebagai pemain gantian Kane.

“Kadangkala kita harus mengutamakan sesuatu mengikut apa yang diperlukan dan apa yang anda inginkan juga, anda tidak boleh memenuhi semua objektif. Ia semudah itu,” tambah beliau.

Southgate juga berkata bahawa perlawanan pada 8 Jun di Wembley merupakan perlawanan yang penting kerana ia merupakan perlawanan latihan terakhir mereka sebelum pertandingan Euro 2024 di Jerman.

“Kami mahu perbaiki persembahan kami berdasarkan perlawanan kami pada 4 Jun, secara fizikal ia merupakan perlawanan yang penting bagi pemain,” kata Southgate.

“Walaupun bagi pemain yang telah bermain banyak perlawanan, mereka tetap perlu menemui rentak masing-masing... 8 Jun menjadi perlawanan latihan yang penting bagi kami,” tambah beliau.

England mulakan kempen Eropah mereka pada 16 Jun dengan menentang Serbia dalam Kumpulan C.

Slovenia dan Denmark juga dalam Kumpulan C.

England muncul sebagai pasukan utama yang dijangkakan untuk mendahului kumpulan itu dan mara ke pusingan seterusnya.

Namun, selepas 58 tahun tanpa kemenangan piala antarabangsa utama, mereka tidak mampu leka untuk satu perlawanan pun, dan harus memastikan semua pemain bersedia dan bersemangat untuk bersaing. – Agensi berita.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg