Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Speaker Chuan-Jin, Nazri bangga Singa Muda tidak putus asa

May 14, 2022 | 05:30 AM



PERSEMBAHAN skuad Singa Muda di kempen Sukan SEA Hanoi bercampur-aduk selepas tiga perlawanan.



Selepas seri 2-2 semasa menentang Laos dan dibelasah 5-0 oleh Thailand sejak kempen mereka bermula 7 Mei lalu, anak buah Nazri Nasir menang tipis 1-0 ke atas Kemboja Rabu lalu.



Keputusan itu memberi harapan kecil buat Singapura layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2013.



Namun, Nazri memuji semangat dan sikap skuadnya untuk bangkit selepas dua perlawanan yang menghampakan.



Nazri berkata selepas kemenangan menentang Kemboja: "Pemain menunjukkan banyak perwatakan hari ini. Mereka menunjukkan mereka ingin mendapatkan kemenangan dan fokus sepanjang 90 minit. Saya amat bangga terhadap pemain-pemain saya.



"Ia adalah perlawanan yang kami perlu menang, dan dalam perlawanan ini pemain kita juga inginkan sesuatu. Mereka tahu apa yang dipertaruhkan. Mereka mengikut arahan dan apabila peluang itu datang, mereka menyempurnakannya."



Kemenangan itu datang menerusi tandukan cantik penyerang Saifullah Akbar pada minit ke-31 selepas hantaran tepat dari pemain midfield Shah Shahiran.



Nazri turut gembira pemainnya yang enggan menyerah kalah dari wisel permulaan hingga ke wisel penamat dalam setiap perlawanan mereka.



"Saya sering memberitahu pemain kita bahawa pertama ialah kebanggaan bermain untuk negara dan mereka di rumah mengharapkan kami berjaya.



"Satu lagi ialah jangan menyerah kalah dan kami akan bertarung hingga penghabisan," kata Nazri, sambil menambah bahawa para pemainnya menonjolkan sikap-sikap itu meskipun perlu bermain empat perlawanan kumpulan berturut-turut berbanding pasukan lain.



Sikap skuad Singa Muda turut dipuji Speaker Parlimen merangkap Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Encik Tan Chuan-Jin, yang menyaksikan perlawanan menentang Kemboja di Stadium Thien Truong di Nam Dinh.



"Saya bercakap kepada para pemain dan berterima kasih serta mengucapkan syabas kerana berjuang habis-habisan hingga ke penhujung (perlawanan)!



"Apa yang saya minta daripada pahlawan Team Singapura kita daripada mana-mana sukan ialah berikan yang terbaik dan lebih lagi, serta jangan pernah berputus asa.



"Dan agar kita semua menyokong mereka tanpa henti melalui suka dan duka," ujar Encik Tan dalam satu pos Facebook.



Harapan Singa Muda mara ke peringkat separuh akhir tipis memasuki perlawanan menentang musuh tradisional Malaysia malam ini.



Mereka perlu menang perlawanan ini dan berharap keputusan perlawanan pasukan lain berpihak pada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >