Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SportSG: Kelas, kegiatan sukan dan fizikal dalam bangunan digantung atau alih online bagi kanak-kanak, belia 18 tahun dan ke bawah

May 18, 2021 | 07:16 PM



MULAI Rabu (19 Mei), semua kelas dan program sukan dan kegiatan fizikal dalam bangunan, tidak kira saiz kelas, dan kegiatan di luar yang berkumpulan akan dihentikan atau dialih ke dalam talian bagi individu berusia 18 tahun dan ke bawah, umum Sport Singapore (SportSG) pada Selasa.



Agensi sukan Singapura itu pada petang Selasa memperkenalkan langkah selamat yang diperketat untuk sukan, kegiatan dan senaman fizikal bagi kanak-kanak dan belia berusia 18 tahun dan ke bawah demi “melindungi kesejahteraan” mereka.



Ini berikutan pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE) pada Ahad lalu (16 Mei) dan hari ini (17 Mei) untuk mengurangkan percampuran antara pelajar dari pelbagai sekolah dan meningkatkan keselamatan, kata SportSG dalam kenyataannya.



Dalam garis panduan terkininya, SportSG akan menghadkan kegiatan sukan dan fizikal di luar bagi kumpulan usia ini kepada hanya seorang jurulatih dan seorang pelajar atau pelatih.



Sekiranya kegiatan bertempo tinggi, pelitup boleh dibuka tetapi harus dipakai semula sejurus tamat kegiatan.



Individu dalam kumpulan usia itu juga boleh terus bersenam secara berpasangan - sehingga maksimum 2 orang dalam sekumpulan.



Sebagai langkah berwaspada tambahan, mereka harus terus bersenam dengan orang dalam isi rumah yang sama dan mematuhi langkah pengurusan selamat yang ditetapkan sebelum ini. 



Langkah selamat yang diperketat ini akan berkuatkuasa sehingga 13 Jun atau notis selanjutnya, tambah SportSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >