Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF Suzuki

S'pura 6 - 1 Timor Leste: Kemenangan besar cerah peluang Singa mara ke separuh akhir

Nov 21, 2018 | 09:33 PM



STADIUM Negara berpesta gol selepas skuad Singa menunjukkan taring, membelasah Timor-Leste 6-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala AFF Suzuki pada Rabu, 21 November.



Safuwan Baharudin menjaringkan hatrik, sementara Ikhsan Fandi menjaringkan dua gol, diikuti Faris Ramli yang menyumbat gol di penghujung perlawanan. 



Gol tunggal Timor-Leste dijaringkan oleh Rufino Walter Gama hanya seminit selepas gol pertama Singapura, tetapi ia gagal mematah semangat anak didik Fandi.



Safuwan, yang membuka tirai jaringan pada minit ke-12, menyumbatkan gol kedua tujuh minit kemudian. Beliau melengkapkan hatrik dalam masa kecederaan, menanduk kemas hantaran kapten Hariss Harun.



Penyerang muda negara, Ikhsan Fandi turut menyerlah dengan dua jaringan - yang kedua secara akrobatik -  di separuh masa pertama.



Ikhsan, yang bermain di barisan depan bersama Khairul Amri dalam formasi 4-4-2 membuka tirai jaringan pada minit ke-30 - gol ke-100 yang dijaringkan Singapura dalam sejarah kejohanan ini -  sebelum menjadikan jaringan 4-1 di penghujung babak pertama. Dengan membelakangkan gawang lawan, Ikhsan menyambar secara akrobatik - ala tendangan basikal - tandukan lambung Safuwan untuk menyumbat bola ke penjuru kanan gawang lawan.



Faris Ramli menyertai senarai penjaring gol skuad Singa dengan gol kelima negara pada minit ke-90 sebelum Safuwan menutup tirai perlawanan dengan gol ketiganya pada masa tambahan, tandukan kemas yang melayang masuk ke penjuru atas gawang. 



Pasukan negara kini menduduki tangga ketiga Kumpulan B dengan enam gol di belakang Filipina dan Thailand yang masing-masing mempunyai tujuh mata selepas mereka seri 1-1 dalam perlawanan antara kededua pendahulu Kumpulan B itu.



Keputusan itu bermakna Singapura perlu menewaskan Thailand dalam perlawanan terakhir di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Ahad nanti, bagi menjamin kelayakkan ke separuh akhir.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >