Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura atasi Australia 4-2 dalam Kejohanan Dunia Floorball Wanita

Dec 04, 2023 | 08:28 AM



Pasukan floorball wanita Singapura meneruskan rentak kemenangan mereka dalam Kejohanan Floorball Dunia (WFC) Wanita 2023 setelah menewaskan Australia 4-2 di OCBC Arena pada 3 Disember.

Kemenangan itu meletakkan Singapura di tangga kedua dengan empat mata selepas dua perlawanan dalam Kumpulan C.

Ia juga bermakna pasukan nombor 13 dunia itu menjamin tempat dalam kelompok 12 pasukan terbaik dalam edisi kali ini.

Prestasi terbaik Singapura dalam WFC adalah tempat ke-12 pada edisi 2019 dalam pertandingan seramai 16 pasukan itu.

Pada 3 Disember, aksi antara Singapura dengan Australia, yang dua tangga di atas seterunya, sengit dipertandingkan dari awal.

Pasukan tuan rumah rancak mengatur serangan tetapi Australia menemui sasaran dahulu menerusi Melissa Creagh pada minit kelapan.

Singapura kemudian bertindak balas dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit.

Rembatan mantap Amanda Yeap membuka tirai jaringan Singapura dalam perlawanan sebelum gol rakan sepasukan Siti Nurhaliza Khairul Anuar dari jarak dekat meletakkan pasukan di hadapan pada waktu rehat pertama.

Babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih mempertahankan bentengnya dengan Australia cuba mencari gol penyamaan.

Namun begitu, Singapura sebaliknya yang membolosi gawang lawan.

Yun Shawn Yee menjaringkan satu-satunya gol dalam babak kedua pada minit ke-37.

Australia kemudian berjaya merapatkan jurang gol pada awal babak ketiga.

Amanda Bartrim cemerlang pada minit ke-43 untuk menjaringkan gol kedua Australia dalam perlawanan.

Tiga minit kemudian, Singapura mengembalikan jurang dua gol mereka menerusi jaringan Mindy Lim, dengan kedudukan 4-2 kekal hingga ke wisel penamat.

Singapura seterusnya berdepan Australia, pasukan nombor sembilan dunia, pada 5 Disember untuk merebut gelaran juara Kumpulan C sebelum ke peringkat kalah mati.

Jerman mendahului kumpulan setelah menang 10-1 Perancis pada petang 3 Disember, berdasarkan perbezaan gol.

Australia menduduki tangga ketiga, manakala Perancis tercorot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >