Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA

S'pura bakal hantar lebih 500 atlet dalam Sukan SEA

Joseph Schooling, Sheik Ferdous disenarai, sepak takraw tidak diwakili
Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA bakal diwakili lebih 500 atlet merentasi 27 sukan dalam Sukan SEA pada 5 hingga 27 Mei tahun ini.



Antara mereka yang disenarai untuk membuat perjalanan ke Kemboja ialah pemenang pingat emas pertama Sukan Olimpik Singapura Joseph Schooling, yang telah meraih 29 emas dalam Sukan SEA, dan rakan perenang, Teong Tzen Wei dan Amanda Lim.



Trio itu terlibat dalam kontroversi dadah pada 2022 selepas mengaku mengambil ganja.



Bekas juara dunia silat Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, yang menjadi tajuk berita kelmarin selepas dia didakwa memandu dalam keadaan mabuk, juga termasuk dalam senarai itu.



Namun begitu, pasukan sepak takraw Singapura sekali lagi tidak akan diwakili dalam Sukan SEA, walaupun sukan itu dipertandingkan di Kemboja.



Menjawab pertanyaan Berita Harian semalam, Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Nasri Haron berkata:



"Kami tidak memenuhi kelayakan kerana kami tidak memenangi sebarang pingat dalam Sukan SEA Manila pada 2019 dan tidak mengambil bahagian dalam Sukan SEA Vietnam yang lalu atas sebab yang sama."



Penyertaan skuad sepak takraw negara dalam Sukan SEA kurang konsisten sejak edisi 2015 di laman sendiri.



Pada edisi tersebut, Singapura merangkul satu perak dan tiga gangsa.



Mereka kemudian terlepas bertanding dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur sebelum pulang dengan tangan kosong dari Filipina pada 2019 dan akhirnya, tidak mendapat "lampu hijau" untuk beraksi dalam edisi 2021 di Hanoi - yang ditunda ke Mei 2022 dek pandemik.



"Bagaimanapun, kami akan merayu bagi perkara itu dan berharap mendapat tempat (untuk ke Sukan SEA)," tambah Nasri.



Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berkata atlet yang masih belum memenuhi kriteria kelayakan mempunyai sehingga Februari 2023 untuk memenuhi kriteria pemilihan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa rayuan.



Ini merupakan kali pertama Kemboja menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu, yang mana 38 sukan akan ditampilkan.



Pesaing akan mengambil bahagian dalam jumlah rekod 608 acara dengan acara tertinggi sebelumnya adalah 530 acara yang dipertandingkan dalam edisi 2019 di Filipina.



Antara sukan yang disenaraikan ialah seni mempertahankan diri seperti karate, judo, taekwondo, pencak silat dan kumpulan disiplin tradisional dan tempatan seperti kun bokator, arnis, jujitsu, tinju tendang, vovinam dan kun khmer.



Sukan baru dan tidak dikenali seperti jet ski, lumba berhalangan dan bola teqball - sukan yang dimainkan di atas meja melengkung yang menggabungkan elemen bola sepak dan pingpong dan merupakan sukan demonstrasi - telah dimasukkan.



Pada edisi terakhir di Vietnam pada 2022, kontinjen Singapura yang terdiri daripada 424 atlet merentasi 33 sukan pulang dengan kutipan 47 pingat emas, 46 perak dan 71 gangsa.



Edisi 2015 di laman sendiri kekal sebagai prestasi terbaik Singapura dalam acara serantau itu (84 pingat emas, 73 perak dan 102 gangsa) manakala edisi 2017 di Kuala Lumpur (58 pingat emas, 59 perak dan 71 pingat gangsa) terus menjadi prestasi terbaik negara di tempat lawan. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >