Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura diundi bersama Thai, M’sia dalam Piala Asean

May 21, 2024 | 4:21 PM
Singapura digelar juara Asean sebanyak empat kali pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.
Singapura digelar juara Asean sebanyak empat kali pada 1998, 2004, 2007 dan 2012. - Foto ZAOBAO

Pasukan Singapura akan berdepan saingan sengit apabila memburu kejayaan dalam Piala Mitsubishi Electric Asean 2024, yang berlangsung pada 23 November hingga 21 Disember.

Mereka diundi dalam Kumpulan A bersama juara tujuh kali, Thailand; musuh seberang Tambak, Malaysia; Kemboja; dan Brunei Darussalam atau Timor Leste. 

Lawan Singapura dalam edisi ke-15 kejohanan serantau itu – yang sebelumnya dikenali sebagai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) – diumumkan dalam satu majlis cabutan undi yang diadakan di Hanoi, Vietnam, pada 21 Mei.

Kumpulan B pula dianggotai pemenang piala dua kali, Vietnam; Indonesia; Filipina; Myanmar dan Laos. 

Piala itu disertai 10 negara, dengan Brunei Darussalam dan Timor Leste akan berentap dalam dua pusingan kelayakan di laman sendiri serta lawan untuk menempah tempat sebagai pasukan ke-10 dan terakhir kejohanan tersebut. 

Persaingan piala dimainkan dalam format pusingan robin. Setiap pasukan akan bermain dua perlawanan di laman sendiri serta lawan. Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati, yang dimainkan dalam dua pusingan.

Dalam edisi sebelumnya pada 2022, skuad Singa kendalian Takayuki Nishigaya hanya mampu meraih tempat ketiga dalam kumpulan sekaligus terlepas ke pusingan separuh akhir setelah dibelasah musuh tradisi, Malaysia, 1-4, di Stadium Bukit Jalil.

Singapura pernah dinobat juara Asean sebanyak empat kali pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.

Kempen kali ini diterajui ketua jurulatih baru, Tsutomu Ogura, yang dilantik pada Februari. Namun, sebelum memimpin pasukan Singa di Piala Mitsubishi Electric Asean buat julung kalinya, warga Jepun itu akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Jun menentang Korea Selatan dan Thailand.

Meskipun Singapura tercorot dalam Kumpulan C kelayakan, dua aksi terakhir pusingan itu menyediakan peluang untuk Ogura membentuk skuad paling kuatnya bagi Piala Mitsubishi Electric Asean kelak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg