Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura gagal lagi, M'sia rebut emas dalam final bola jaring
S'pura gagal lagi, M'sia rebut emas dalam final bola jaring
Saingan sengit dari mula namun akhirnya pasukan negara kecundang
S'pura gagal lagi, M'sia rebut emas dalam final bola jaring
KECEWA: Pemain bola jaring Singapura hanya mampu menunduk kecewa selepas hampir mendapatkan kemenangan ke atas Malaysia dalam pusingan akhir sukan itu, sekali gus gagal merampas pingat emas daripada juara bertahan itu. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
Dec 3, 2019 | 5:30 AM
NASIB bagaikan tidak menyebelahi pasukan bola jaring negara selepas tumpas di tangan juara bertahan, Malaysia, sekali lagi dalam pertarungan akhir Sukan SEA ke-30 semalam.
Mereka kembali ke gelanggang final dengan semangat untuk menebus kekecewaan di Kuala Lumpur dua tahun lalu selepas terlepas peluang membawa pulang pingat emas apabila tumpas 65-41 kepada pasukan tuan rumah.