Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

S'pura ikat Filipina 0-0 walau tamat permainan dengan 10 pemain

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

S'pura ikat Filipina 0-0 walau tamat permainan dengan 10 pemain

Nov 19, 2016 | 10:46 PM

WALAU beraksi sebahagian besar permainan dengan 10 pemain, anak didik V. Sundramoorthy berjaya bertahan dan mengikat pasukan tuan rumah Filipina 0-0 dalam perlawanan Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Manila pada 19 November.

Namun, cara mata tunggal itu diraih boleh membawa padah dan menghantui pasukan Singa dalam dua perlawanan selanjutnya.

Hampir separuh kesebelasan utama boleh terlepas beraksi dalam baki dua perlawanan Kumpulan A, dengan Hafiz Abu Sujad terlepas menentang Thailand Selasa nanti, selepas diperintah keluar padang di penghujung separuh masa pertama kerana menerkam bola secara bahaya.

Hassan Sunny, Safuwan Baharudin, Anumanthan Kumar masing-masing menerima kad kuning, sementara Faritz Hameed dan Juma'at Jantan terpaksa digantikan selepas menanggung kecederaan.

Seperti dijangka, Sundram menurunkan kesebelasan utama yang padat dan lebih rela bertahan daripada mengatur serangan dan meninggalkan ruang. Sebaliknya, walau beraksi dalam stadium yang separuh kosongm Filipina mula mengasak kubu Singa dari wisel pertama.

Hanya kecuaian pemain pasukan tuan rumah seperti Hikaru Minegishi dan Misagh Bahadoran 'menyelamatkan' Singapura daripada ketinggalan dalam perlawanan itu. Hassan, Juma'at dan Anumanthan juga beberapa kali menyelamatkan benteng Singapura dengan beberapa aksi nekad.

Akhirnya, walau Filipina mengancam untuk membolosi gawang Hassan, Singapura berjaya bertahan sehingga wisel terakhir dan memulakan kempen dengan satu mata berharga.

Ia bertemu Thailand dalam perlawanan selanjutnya, juara bertahan yang menewaskan Indonesia 4-2 dalam perlawanan pembukaan.

Sebaliknya, Filipina akan berasa 'teraniaya' selepas keputusan ini dan pasukan bergelar Azkals itu akan cuba menebus kekecewaan dalam perlawanan dengan Indonesia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3