Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura juara kejohanan silat antarabangsa di Amerika

Sep 6, 2023 | 8:27 PM
MANTAP: Pasukan silat Singapura merangkul 19 pingat emas dan lima pingat perak dalam Kejohanan Antarabangsa AS T5 Liberty Chalice di Colorado, Amerika.
MANTAP: Pasukan silat Singapura merangkul 19 pingat emas dan lima pingat perak dalam Kejohanan Antarabangsa AS T5 Liberty Chalice di Colorado, Amerika. - Foto PERSEKUTUAN SILAT SINGAPURA

Kehandalan pasukan silat Singapura menyerlah di persada dunia, apabila pasukan itu muncul sebagai juara keseluruhan di kejohanan antarabangsa di Amerika Syarikat.

Pertandingan Kejohanan Antarabangsa AS T5 Liberty Chalice itu diadakan dari 1 hingga 4 September di Colorado.

Secara keseluruhannya, pesilat Singapura menggondol 19 pingat emas dan lima pingat perak, mengatasi enam pasukan negara lain.

Pasukan tuan rumah Amerika mengakhiri saingan di tempat kedua, diikuti Indonesia.

Singapura juga menyapu emas dalam keenam-enam kategori seni, membawa pulang 12 emas daripada kededua kategori.

Singapura diwakili Iqbal Abdul Rahman, Muhammadinil Mustafar Mohd Isa, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin.

Pesilat tanding Singapura ialah Aniq ’Asri Mohd Yazid, Nurshahfareeq Shahrudin, Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin, Rifqah Mursyidah Mistam, Khadijah Shahrem dan Fazlin Juma’en.

Mereka meraih tujuh emas dan lima perak secara keseluruhan.

Sheik Ferdous turut dinobat sebagai pesilat lelaki terbaik kejohanan itu

Laporan lanjut – Muka 16

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg