Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BOLA JARING ASIA

S'pura langkah ke separuh akhir

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



JUARA Asia sebanyak tiga kali, Singapura, berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia selepas mengalahkan Maldives 96-10 dalam perlawanan kumpulan terakhir di Arena OCBC kelmarin.



Pasukan Singapura mengakhiri saingan di tangga teratas Kumpulan B dan akan berdepan dengan Hong Kong, yang menewaskan Thailand 56-29 untuk merebut tempat pertama dalam Kumpulan D.



Pasukan yang mendapat tempat pertama dalam kumpulan masing-masing akan mara ke peringkat separuh akhir Sabtu ini.



Meskipun kehilangan pemain veteran, Charmaine Soh, akibat kecederaan lutut dalam perlawanan pembukaan, pengganti Soh, Goh Wei Ping, bertindak cemerlang dalam penampilan pertamanya bagi pasukan negara dalam perlawanan menentang Maldives.



Pemain berusia 21 tahun yang menjaringkan 30 gol itu berkata:



"Saya rasa beruntung dapat beraksi di samping pemain-pemain dalam pasukan yang saling menyokong satu sama lain, dan sentiasa memberi saya galakan di gelanggang."



Ketua jurulatih Singapura, Annette Bishop, pula berkata:



"Ramai pemain yang rasa gementar, jadi untuk Goh mempamerkan persembahan sedemikian adalah sesuatu yang menakjubkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >