Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM: LAWAN PEDANG

S'pura raih emas, perak dalam final individu; kini fokus acara berpasukan

May 14, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berjaya merangkul pingat emas kedua dalam temasya Sukan SEA setelah atlet pedang cilik, Elle Koh, yang berusia 14 tahun, berjaya menewaskan rakan senegara, Kiria Tikanah Abdul Rahman, di pusingan akhir acara 'epee' individu, hari ini.



Elle, yang merupakan atlet kedua termuda dalam kontinjen negara, mengalahkan Kiria 12-11 dalam pusingan kalah mati di Gimnasium Sukan Tertutup My Dinh semalam.



Sebelum melangkah ke peringkat akhir, kedua-dua atlet negara berjaya menunjukkan kehebatan mereka di gelanggang.



Kiria sebelum itu berjaya menewaskan pesaing dari Thailand, dengan markah 15-12 manakala Elle, yang membuat penampilan pertama beliau di temasya itu, menang tipis 15-14 untuk mengalahkan pesaing dari Vietnam, Vu Thi Hong.



Kiria, 21 tahun, berada di kedudukan 86 dunia, sementara Elle pula berada di kedudukan 601 dunia.



Berkongsi perasaannya dalam kemenangan menentang rakan senegara di peringkat akhir itu, Elle berkata ia "luar daripada jangkaan saya".



"Saya sudah bersedia untuk kalah tetapi saya hanya inginkan markah yang baik dan membuat yang terbaik," kata Elle semasa bercakap dengan wartawan selepas upacara kemenangannya itu.



Beliau turut mendedahkan bahawa ini adalah kali pertama beliau mengalahkan Kiria di dalam pertandingan.



"Saya tidak jangka untuk menang. Saya hanya mempunyai mentaliti untuk membuat sebaik mungkin.



"Saya ingin bertarung dengan baik dan mendapat markah yang baik menentangnya. Saya tidak ingin kalah teruk dan itu mendorong saya untuk mencuba dan menyesuaikan diri dengan baik (dalam perlawanan)," ujar beliau, di mana ibu dan bapanya adalah bekas atlet lawan pedang negara, Juliana Seow dan Henry Koh.



Bagi Kiria pula, beliau rasa beliau tidak menyempurnakan peluangnya dengan baik dalam perlawanan akhir itu.



"Saya agak kecewa dengan prestasi saya di peringkat akhir itu. Bukan sahaja kerana saya kalah dengan rakan senegara, tetapi cara saya lawan pedang tidak terbaik di dalam peringkat akhir.



"Namun, kami mencapai matlamat untuk mendapat pingat perak dan emas untuk Singapura," ujar penerima Anugerah Jauhari Harapan 2021 anjuran Berita Harian Disember lalu.



Apabila ditanya jika bertanding bersama rakan senegara Elle adalah mudah bagi beliau, Kiria berkata ia "lebih mencabar".



"Ia berbeza dari sesi latihan di mana kami mencuba pelbagai aksi untuk memperbaiki diri kami. Tetapi kini ada pingat emas yang perlu dipertarungkan, jadi ia memberikan lebih tekanan.



"Tetapi, saya juga akan ada perasaan yang sama jika bersaing dengan pesaing lain, dan bukan sebab ia (pesaing) adalah Elle sahaja," ujar beliau yang bakal beraksi bersama Elle serta Rebecca Ong dan Victoria Ann dalam acara berpasukan epee pada 16 Mei nanti.



Sejurus selepas wawancara bersama media, Kiria tidak dapat menahan kesedihannya dan wartawan mendapati beliau kelihatan kecewa dan menangis apabila jalan keluar dari gimnasium itu.



Setakat akhbar ini dicetak, Singapura berjaya mengutip dua emas, enam perak dan lima gangsa di Sukan SEA 31.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >