Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura raih tiga emas, empat gangsa

Feb 21, 2023 | 5:30 AM
BERJAYA: Yip Pin Xiu (atas) dan Danielle Moi dengan pingat emas dan gangsa masing-masing di Siri Dunia Renang Para Australia. - Foto MAJLIS SUKAN KURANG UPAYA SINGAPURA
BERJAYA: Yip Pin Xiu (atas) dan Danielle Moi dengan pingat emas dan gangsa masing-masing di Siri Dunia Renang Para Australia. - Foto MAJLIS SUKAN KURANG UPAYA SINGAPURA -

HARI terakhir kejohanan Siri Dunia Renang Para Australia di Pusat Sukan Melbourne, Australia, pada Ahad menyaksikan ratu renang para Singapura Yip Pin Xiu menggondol pingat emas keduanya di kejohanan itu.

Rakan senegaranya Danielle Moi pula meraih pingat pertamanya di kejohanan itu.

Yip, 31 tahun, yang dilahirkan dengan distrofi otot, memenangi acara gaya kuak lentang 50 meter wanita dalam masa 1 minit 3.70 saat dengan 810 mata.

Beliau berada 197 mata di hadapan pemenang pingat perak He Shenggao dari China dan Erin Knox dari New Zealand dengan 557 mata, lapor The New Paper.

"Kami berada dalam permulaan musim dan saya baru kembali daripada kecederaan pada November, saya agak gembira dengan masa yang ditetapkan," ujar Yip, yang telah memenangi lima emas Paralimpik.

Moi, yang mengalami kecacatan intelek, berada di tempat ketiga dalam acara gaya bebas 200 meter wanita dengan masa 2:33.32 dan 505 mata, di belakang perenang Australia Jade Lucy (668 mata) dan Chan Yui Lam (620 mata) dari Hong Kong.

Ini menjadikan jumlah pingat yang diraih Singapura dalam kejohanan tiga hari itu sebanyak tiga emas dan empat gangsa.

Atlet renang adik-beradik cacat penglihatan, Sophie Soon dan Colin Soon, masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa.

Atlet paralimpik Toh Wei Soong, yang menghidap penyakit transverse myelitis - keadaan yang disebabkan keradangan saraf tunjang - mendapat dua pingat gangsa dalam acara gaya kupu-kupu 50 meter lelaki dan 50 meter gaya bebas.

Toh, 24 tahun, berkata: "Ada pelbagai perkara yang ingin saya perhalusi di sebalik kem latihan hebat di Gold Coast...

"Saya yakin dengan kejohanan lanjut sepanjang musim, saya akan dapat menyepadukan apa yang saya pelajari daripada kem latihan ini dan menjadi lebih baik."

Siri Dunia Renang Para Australia ialah kejohanan peringkat pembukaan. Ia menjelajah ke sembilan negara pada 2023, termasuk Singapura, dari 29 April hingga 1 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg