Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura sekat China 2-2, raih mata pertama dalam kelayakan Piala Dunia

Mar 21, 2024 | 11:05 PM



Pasukan bola sepak Singa bangkit daripada ketinggalan untuk memberikan ketua jurulatih baru, Tsutomu Ogura, keselesaan apabila Singapura seri 2-2 dengan China di Stadium Negara pada 21 Mac.

Gol dua pemain gantian, Faris Ramli dan Jacob Mahler, dalam separuh kedua memberikan Singapura mata pertama mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia ini.

China telah mendahului kedudukan pada babak pertama menerusi sumbangan dua gol Wu Lei, dengan penyerang itu berpeluang mendapatkan hatrik tetapi sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny, pada minit ke-31. 

Keputusan seri itu namun mengekalkan pasukan Singa, yang nombor 156 dunia, di tangga corot Kumpulan C, dengan satu mata daripada tiga perlawanan. Sementara itu, China, pasukan ranking 88 dunia, masih menduduki tangga ketiga, mengumpul empat mata

Ketika menamakan kesebelasan utama di depan penyokong sendiri buat julung kalinya pada 21 Mac, Ogura mengatur barisan pemain yang lebih defensif, dengan Ikhsan Fandi satu-satunya di bahagian serangan. 

Lima pemain pertahanan — Safuwan Baharudin, Lionel Tan, Ryhan Stewart, Nazrul Nazari dan Zulqarnaen Suzliman — diturunkan, manakala kapten Hariss Harun, M. Anumanthan, Glenn Kweh dan Shah Shahiran ditugas mengawal bahagian tengah padang.

Barisan pemain itu menyaksikan Ogura mengenakan formasi 4-5-1, dengan Singapura cuba menyerang balas ketika memiliki bola.

Pendekatan permainan Singapura yang lebih berhati-hati memakan diri apabila China hanya memerlukan 10 minit pertama untuk menjaringkan gol.

Hantaran Wang Shangyuan menemui Wu, yang menanduk masuk bola untuk menyumbat gol pembukaan.

China berpeluang menggandakan jaringan ketika dihadiahkan penalti pada minit ke-31. Namun, Hassan beraksi cemerlang untuk menyelamatkan bola rembatan Wu.

Wu, bagaimanapun, memperoleh jaringan keduanya pada akhir babak pertama untuk memberikan China kedudukan selesa 0-2 sebelum waktu rehat. 

Singapura mempunyai tiga percubaan jarak jauh dari Ikhsan, Nazrul dan Shah dalam separuh pertama, tetapi rembatan mereka sama ada lemah atau kurang tepat.

Pada permulaan babak kedua, Ogura menyuntik kesegaran di bahagian serangan dengan memperkenalkan penyerang Faris dan pemain midfield Harhys Stewart. Anumanthan dan Zulqarnaen dikeluarkan.

Kehadiran Faris membawa kesan serta-merta apabila rembatannya pada minit ke-53 berjaya menemui sudut bawah kanan gawang lawan dan mencetuskan gegaran – daripada majoriti 28,414 penyokong yang hadir – dalam Stadium Negara.

Ikhsan – yang kerap kelihatan keseorangan di bahagian depan – mampu bertahan selama 67 minit, sebelum Shawal Anuar menggantikannya. Mahler turut dimasukkan, sebagai pengganti Tan.

Ogura kemudian memantapkan jentera serangan dengan menurunkan pemain midfield serangan, Song Uiyoung, untuk menggantikan Ryhan.

Pasukan Singa terus cuba mengancam benteng pertahanan China dan usaha mereka akhirnya berbaloi apabila rembatan kencang Jacob Mahler berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81.

Keputusan seri itu disambut dengan sorakan riuh peminat tempatan apabila wisel penamat ditiup, menandakan permulaan positif pasukan Singa di bawah kendalian Ogura.

Singapura seterusnya akan membuat perjalanan ke Tianjin, China berdepan lawan sama di Stadium Pusat Olimpik Tianjin pada 26 Mac.

Dalam aksi lain Kumpulan C pada 21 Mac, Korea Selatan kekal menghuni tangga teratas dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan meskipun seri 1-1 bersama Thailand di Seoul. Thailand juga mempunyai empat mata (sama dengan China) namun menduduki tangga kedua berdasarkan perbezaan gol. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >