Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

S'pura tuan rumah Kejohanan ATP 250 Februari ini

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan ATP 250 yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 Februari di OCBC Arena, umum ATP dalam lamannya kelmarin.



Satu lagi acara di Marbella, Sepanyol, turut disertakan dalam jadual kejohanan tenis lelaki "untuk meningkatkan lagi peluang saingan, di tengah-tengah cabaran jadual disebabkan pandemik Covid-19".



Kejohanan Terbuka Tenis Singapura diadakan selepas kejohanan Major pertama tahun ini, iaitu Terbuka Australia yang berlangsung dari 8 hingga 21 Februari.



Sementara itu, kejohanan di Marbella pula dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 11 April.



Dalam kenyataannya kelmarin, agensi sukan negara, Sport Singapore (SportSG) berkata ia akan bekerjasama dengan Persatuan Tenis Singapura (STA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Hab Sukan Singapura bagi "memastikan langkah pengurusan selamat dilaksanakan dengan ketat di tempat kejohanan, serta protokol perjalanan pemain dan pegawai yang sejajar dengan peraturan pemerintah yang sedia ada".



"Kerjasama ini akan menjadi aspek penting untuk membolehkan acara sukan antarabangsa kembali ke Singapura secara berperingkat hingga 2021," tambah SportSG.



Dalam satu pos Facebook, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong berkata beliau mengalu-alukan aksi tenis bertaraf tinggi di sini.



Beliau menambah kejohanan tersebut mungkin akan menampilkan pemain tenis lelaki terkemuka, dengan ada di antara mereka yang turut beraksi di Terbuka Australia 2021.



"Kami sangat gembira bahawa ATP, badan tenis profesional lelaki, telah memberi Singapura peluang menganjurkan ATP 250. Ia menjadi kejohanan ATP 250 pertama yang dianjurkan Singapura," tambah Encik Tong.



Singapura pernah menjadi tuan rumah bagi kejohanan WTA Finals dari 2014 hingga 2018 sebelum ia berpindah ke Shenzhen, China.



Kejohanan peringkat tertinggi terakhir yang dianjurkan di gelanggang profesional di sini adalah kejohanan Terbuka Heineken lelaki pada 1999.



Republik ini pernah meletakkan bidaan untuk menjadi tuan rumah acara ATP Finals dari 2021, namun tewas kepada Turin, yang menggantikan London bermula tahun ini hingga 2025.



Ketua pegawai eksekutif SportSG, Lim Teck Yin, berkata: "Kejohanan ATP 250 ini merupakan satu pertandingan penting dalam jadual ATP yang disesuaikan tahun ini.



"Penganjuran acara ini di Singapura akan membuka laluan untuk kolaborasi dengan ATP bagi acara tenis lelaki masa hadapan."



Namun begitu, beliau menekankan bahawa mereka masih menitik beratkan pandemik Covid-19 ini dan menyesuaikan langkah-langkah keselamatan untuk kejohanan ini yang konsisten dengan keadaan negara.



"Kami akan memantau keadaan di Terbuka Australia di mana sebilangan besar pemain yang beraksi akan tiba di Singapura.



"Kami komited untuk membawa kembali aksi sukan dengan selamat dan menganjurkan acara untuk menghidupkan semula industri ini serta memberi inspirasi kepada peminat dan fraterniti tenis," kata Lim lagi.



Kejohanan ATP 250 adalah kejohanan peringkat terendah tenis lelaki dalam jadual tahunan Jelajah ATP, selepas kejohanan Grand Slams, ATP Finals, ATP Tour Masters 1000 dan ATP 500.



Menurut laman ATP, kejohanan Terbuka Tenis Singapura akan dimainkan di gelanggang keras yang akan menampilkan 28 pemain 'singles' dan 16 pasangan beregu.



Maklumat lanjut mengenai kejohanan itu, termasuk profil pemain, jadual, protokol Covid-19 dan tiket acara akan dikeluarkan tidak lama lagi.




"Berita baik bagi peminat sukan - kita tidak lama lagi akan menyaksikan beberapa pemain tenis lelaki terkemuka dunia di sini, di Singapura. Tenis Terbuka Singapura dijadualkan menjadi sebahagian daripada siri kejohanan terkemuka tenis lelaki dalam kalender ATP. Kami sangat gembira bahawa ATP, badan tenis profesional lelaki, telah memberi Singapura peluang menganjurkan ATP 250. Ia menjadi kejohanan ATP 250 pertama yang dianjurkan Singapura."
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong dalam laman Facebooknya semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >