Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU EVERTON LAWAN TOTTENHAM HOTSPUR

Spurs goyah mula era baru tanpa Conte, Everton pula tercungap-cungap

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Tottenham Hotspur dijangka melalui tempoh sukar dalam era pasca Antonio Conte - bekas pengurus Spurs itu dipecat berikutan keputusan seri 3-3 di Southampton baru-baru ini - untuk baki perlawanan Liga Perdana England (EPL) akan datang.



Lebih daripada itu, pasukan yang kini dikendalikan pengurus sementara Cristian Stellini bakal bertandang ke gelanggang Everton di Stadium Goodison Park pada Selasa tanpa enam tunggak utama dek kecederaan.



Pemain sayap kanan asal Brazil, Emerson Royal, baru menjalani pembedahan lutut akibat kecederaan dalam perlawanan persahabatan menentang Maghribi baru-baru ini.



Bek kiri Ben Davies pula masih belum pulih sepenuhnya, begitu juga tunggak midfield Rodrigo Bentancur, Yves Bissouma, Ivan Perisic dan penyerang Richarlison.



Ini bermakna tugas pertama Stellini selaku pengurus sementara Spurs adalah merombak kesebelasan utama untuk membendung asakan Everton di bahagian midfield.



Spurs, yang kini di tangga keempat EPL dan masih dalam saingan merebut empat tempat teratas liga, terkial-kial mencatat kemenangan di padang lawan - mereka tewas empat daripada lima perlawanan di padang lawan sebelum ini.



Oleh yang demikian, Stellini dijangka menghadapi tugas berat untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan pertamanya selaku jurulatih sementara di padang lawan agar ia menjadi pendorong buat pasukannya.



Berita baik bagi Spurs ialah kapten dan penjaga gawang utama, Hugo Lloris, dijangka pulih daripada kecederaan. Begitu juga bek kiri Ryan Sessegnon, yang dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama setelah mengalami masalah hamstring.



Lain pula halnya dengan Everton, yang bertarung bagi elakkan daripada jatuh ke tangga bawah.



Skuad kendalian Sean Dyche itu kini di tangga ke-15 liga, dengan tiga mata membezakan kelab tersebut dengan pasukan di tangga bawah.



Kemenangan menentang Spurs pada Selesa akan dapat melebarkan jurang mata pasukan yang dikenali sebagai 'The Toffees' itu dan menyuntik semangat untuk perlawanan akan datang.



Selepas perlawanan ini mereka akan bertandang ke Old Trafforld menentang Manchester United dan kemudian bertemu Fulham - kedua-dua pasukan ini berada dalam prestasi baik.



Everton akan bertemu Spurs berbekalkan rekod di padang sendiri yang baik dengan memenangi tiga daripada lima perlawanan sebelum ini.



Lebih-lebih lagi, Dyche berpeluang membalas dendam ke atas kekalahan 0-2 apabila kedua-dua pasukan kali terakhir berdepan dalam perlawanan EPL pada Oktober 2022.



The Toffees juga berjaya membendung Chelsea dengan keputusan seri 2-2 di Stamford Bridge awal daripada itu, tetapi mereka masih dilihat sebagai pasukan 'underdog' dalam perlawanan ini.



Penyerang Ellis Simms dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama selepas beliau menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan menentang Chelsesa.



Namun demikian, tunggak sayap utama Andros Townsend dan Dominic Calvert-Lewin masih belum pulih sepenuhnya.



Dalam pada itu, Spurs telah tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah dalam pusingan 16 terakhir kepada AC Milan dan tersingkir daripada Piala FA kepada pasukan divisyen dua Sheffield United. . - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >