Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs & Leicester azam tebus kecewa

Dec 20, 2020 | 05:30 AM



TIDAK ramai yang menyangka bahawa kededua Tottenham Hotspur dan Leicester City akan memulakan Liga Perdana England (EPL) musim ini dengan begitu baik seperti yang telah mereka tonjolkan sejauh ini.



Setelah 13 perlawanan, Spurs menduduki tangga kedua liga manakala Leicester pula di tangga keempat dengan hanya satu mata sahaja memisahkan dua pasukan tersebut.



Namun, kekalahan dalam perlawanan beberapa hari lalu - Spurs kecundang 2-1 di tangan juara bertahan, Liverpool, sementara Leicester pula tewas 2-0 di tangan Everton - telah membantutkan kemaraan pasukan pimpinan Jose Mourinho dan Brendan Rodgers itu.



"Kededua pasukan telah beraksi dengan cemerlang musim ini dan kedudukan mereka dalam liga adalah wajar," ujar bekas pemain Liverpool dan West Ham, Don Hutchinson.



"Leicester mungkin lebih kecewa dengan kekalahan di tangan Everton memandangkan mereka bermain di padang sendiri. Namun, pada masa yang sama, Spurs pula tewas menerusi gol pada saat-saat akhir sedangkan mereka mempunyai banyak peluang keemasan juga untuk memenangi perlawanan," tambah Huntchinson, mengulas kekalahan kededua Spurs dan Leicester itu.



Mencerminkan kekecewaan itu, pengurus Spurs, Mourinho berkata:



"Saya hampa anak buah saya telah mensia-siakan peluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Anfield, jika tidak tiga.



"Tapi saya berbangga dengan kesungguhan dan persembahan pasukan. Itu tidak dapat dinafikan. Kami tewas kepada pasukan terbaik England musim lalu, itu hakikatnya dan kini kami melihat ke depan," ujar beliau.



Sehubungan dengan itu, Rodgers pula enggan terlalu kritikal terhadap para pemainnya meskipun beliau akur mereka perlu meningkatkan persembahan dalam perlawanan menentang Spurs malam ini (10.15 malam waktu Singapura).



"Kami memulakan perlawanan dengan agak lembap... kami menemui momentum terlalu lewat. Dan dalam perlawanan menentang pasukan bermutu dalam liga ini, anda harus mempamerkan yang terbaik sejak wisel pertama ditiupkan.



"Harapan saya ialah para pemain menyedari hakikat ini, dan berazam memperbetul keadaan secepat mungkin," tambahnya.



Pengamat bola sepak dan bekas pemain Manchester United serta Bayern Munich, Owen Hargreaves, pula berkata beliau menjangkakan perlawanan sengit malam ini.



Menurutnya, kunci kepada perlawanan tersebut ialah gol pertama, dan Leicester, tegas beliau, tidak mampu tercicir gol pertama itu.



"Selepas tewas dalam perlawanan sebelumnya, saya rasa kededua pasukan akan mendekati perlawanan ini secara berhati-hati, dan saya menggambarkan gol pertama amat penting, tapi lebih penting ialah untuk Leicester tidak keciciran gol dahulu," kata Hargreaves.



Beliau menambah, Spurs di bawah pimpinan Mourinho, merupakan pasukan yang mantap di bahagian pertahanan dan dengan tenaga penggempur Harry Kane dan Son Heung-min, mereka juga mampu menjaringkan gol.



"Jika Spurs menjaringkan gol dahulu, Mourinho akan memastikan pasukannya bertahan dengan baik dan berdisiplin. Inilah ciri-ciri yang telah diterapkan Mourinho dalam pasukan Spurs.



"Tapi jika sebaliknya berlaku, iaitu Leicester yang menjaringkan gol pembukaan, saya dapat lihat Leicester menjaringkan lebih daripada satu gol menerusi serangan balas sedang tumpuan Spurs ialah untuk menyerang bagi mendapatkan gol persamaan," jelas beliau.



Bersetuju, bekas pengurus Spurs, Tim Sherwood, berkata kededua pasukan agak seimbang meskipun Spurs mempunyai antara barisan penyerang terbaik di Eropah.



"Gandingan Kane dan Son, bagi saya, adalah paling ideal. Mereka memahami cara permainan satu sama lain, dan saling melengkapi di padang. Ini kelebihan Spurs yang bagi saya, dalam perlawanan di padang sendiri, akan menentukan mereka berjaya mengutip tiga mata penuh," ujar beliau.



Dalam pada itu, mengulas perlawanan tersebut, Kane berkata beliau dan rakan-rakan sepasukan telah melupakan kekalahan di tangan Liverpool.



"Kami agak tidak bernasib baik, tapi itu semua sudah berlalu. Yang penting sekarang ialah kami mempunyai satu lagi perlawanan penting menentang pasukan hebat, dan saya yakin kami dapat menebus kekecewaan perlawanan di Anfield," kata beliau, yang telah pun menjaringkan 15 gol dalam semua pertandiingan musim ini.



Rakan sepasukannya dalam skuad negara, Jamie Vardy, juga melahirkan kekecewaan para pemain Leicester menyusuli kekalahan di tangan Everton.



Namun, menurutnya, para pemain telah menunjukkan respons positif dan tidak sabar untuk kembali ke padang.



"Selepas kekalahan mengecewakan, yang penting bagi kami sebagai pemain ialah untuk kembali bermain secepat mungkin untuk memperbetul keadaan.



"Masa kami akan tiba dalam perlawanan ini. Ia adalah satu lagi perlawanan sukar, tapi hakikatnya tiada perlawanan mudah dalam Liga Perdana England, dan kami sudah bersedia berdepan dengan cabaran Spurs," kata beliau.




"Saya hampa anak buah saya telah mensia-siakan peluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Anfield, jika tidak tiga. Tapi saya berbangga dengan kesungguhan dan persembahan pasukan. Itu tidak dapat dinafikan. Kami tewas kepada pasukan terbaik England musim lalu, itu hakikatnya dan kini kami melihat ke depan."
- Pengurus Spurs, Jose Mourinho.



"Kami memulakan perlawanan dengan agak lembap... kami menemui momentum terlalu lewat. Dan dalam perlawanan menentang pasukan bermutu dalam liga ini, anda harus mempamerkan yang terbaik sejak wisel pertama ditiupkan. Harapan saya ialah para pemain menyedari hakikat ini, dan berazam memperbetul keadaan secepat mungkin."
- Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >