Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spurs mara ke final hasil gol Son, Sissoko

Jan 7, 2021 | 5:30 AM
GANJARAN PANDANG SERIUS: Son Heung-min (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan gol jaringannya yang membantu Tottenham menewaskan Brentford 2-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao kelmarin. - Foto REUTERS
GANJARAN PANDANG SERIUS: Son Heung-min (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan gol jaringannya yang membantu Tottenham menewaskan Brentford 2-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao kelmarin. - Foto REUTERS -

ENGLAND: Jurulatih Jose Mourinho berkata Tottenham Hotspur diberi ganjaran kerana memandang serius Piala Carabao, selepas kelab itu hanya satu perlawanan daripada merangkul trofi pertama mereka dalam 13 tahun setelah menang dalam perlawanan separuh akhir ke atas Brentford.

Spurs belum meraih trofi sejak menewaskan Chelsea dalam final Piala Liga 2008 (sekarang dipangil Piala Carabao atas sebab-sebab penajaan) dan mereka perlu bekerja keras sebelum menewaskan pasukan Championship itu dalam separuh akhir sepusingan di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin.

Mourinho telah empat kali memenangi piala itu dan gol oleh Moussa Sissoko dan Son Hueng-min memastikan beliau kini mempunyai peluang menambah jumlah piala itu kepada lima.

Beliau pengurus ketiga melangkah ke final kejohanan itu dengan tiga pasukan berbeza.

"Saya datang ke England pada 2004 dan saya ingat bahawa pada tempoh itu saya harus belajar makna piala-piala di sini dan saya selalu memandangnya dengan serius," kata Mourinho.

"Sekiranya ada sebarang rahsia, ia adalah memandangnya dengan serius. Menghormati apa itu bola sepak England, apa kebolehan kelab England, apa kebolehan divisyen lebih rendah England.

"Itu yang saya berharap dapat melakukan Ahad ini di Crosby menentang Marine (dalam Piala FA)."

Brentford mengalahkan empat pasukan Liga Perdana untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan besar mereka, tetapi berada di belakang hanya hanya 12 minit apabila Sissoko menanduk bola hantaran Sergio Reguilon untuk membolosi gawang penjaga gol Brentford, David Raya.

Pasukan Thomas Frank itu fikir mereka telah menyamakan kedudukan selepas sejam beraksi apabila penjaring paling banyak Brentford, Ivan Toney, menanduk bola masuk, namun gol itu tidak dikira kerana ofsaid.

Spurs menambah kesengsaraan Brentford apabila Son menembusi benteng pertahanan untuk menjaring gol kedua Spurs pada minit ke-70, sebelum Josh Dasilva dibuang padang kerana mengasari Pierre-Emile Hojbjerg dan Brentford bermain dengan hanya 10 pemain.

Pasukan Mourinho sekarang akan berdepan sama ada Manchester United atau Manchester City, yang bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pada Rabu (waktu England), dalam final di Wembley pada April.

"Jika anda lihat juaranya, anda sedar kelab-kelab besar mahu menang piala ini," kata Mourinho.

"Siapa juara terakhir selain daripada enam kelab yang biasanya di atas? Swansea? Saya ingat Manchester City menang banyak kali, Chelsea menang banyak kali. Saya ingat United menang beberapa kali.

"Saya ingat Liverpool berada dalam final. Arsenal. Kelab-kelab besar ambil kisah tentang piala ini." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg