Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Spurs menang, Mourinho bidas Alli

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Jose Mourinho menuduh Dele Alli "mencipta masalah untuk pasukannya sendiri" dalam kemenangan suku akhir Piala Carabao Tottenham 3-1 ke atas Stoke City awal pagi semalam.



Alli, yang dibariskan dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak 26 November, hilang pemilikan bola menyebabkan Stoke menjaringkan gol.



"Pemain dalam posisi itu adalah pemain yang harus berhubung (dengan pemain lain) dan mencipta (gol) dan bukan mencipta masalah untuk pasukannya sendiri," kata Mourinho.



Alli telah dikaitkan dengan pemindahan ke Paris Saint-Germain pada Januari.



Pemain midfield England itu hanya berjaya dibariskan dalam kesebelasan utama lima kali pada musim 2020-2021 dan telah dua kali digantikan pada waktu rehat menentang Everton dan dalam perlawanan Liga Europa, berdepan Royal Antwerp.



September lalu, Mourinho mencadangkan pemain berusia 24 tahun itu memperbaiki diri, mengatakan pada ketika itu: "Ia penting baginya memaparkan persembahan baik."



Semalam, Spurs mendahului perlawanan 1-0 menerusi tandukan Gareth Bale apabila Stoke menyamakan keadaan selepas kesilapan Alli.



Ini sebelum gol hasil Ben Davis dan Harry Kane menyingkirkan pasukan Championship itu.



Alli digantikan sejurus Stoke mengikat keadaan.



Mengulas mengenai gol Stoke, Mourinho berkata: "Dalam situasi sebegitu, serangan balas yang objektif akan mungkin berakhir dengan gol (kepada kami), dan ia berakhir dengan serangan balas di belakang pemain pertahanan kami.



"Kami tidak seimbang sebab apabila anda ada pemilikan bola, anda ada bek penuh (full-back) di sayap dan pemain midfield lain di barisan yang berbeza, kami terperangkap dalam serangan balas dan mereka mengubah hasil permainan yang sepenuhnya ada di tangan kami lantas ya saya kecewa." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >