Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spurs tidak berganjak dengan penilaian Kane

Aug 5, 2021 | 5:30 AM
INGIN BERPINDAH: Harry Kane menimbulkan kemarahan Tottenham apabila kapten England itu ponteng bagi memaksa perpindahannya ke Manchester City. - Foto REUTERS
INGIN BERPINDAH: Harry Kane menimbulkan kemarahan Tottenham apabila kapten England itu ponteng bagi memaksa perpindahannya ke Manchester City. - Foto REUTERS -

BEKAS pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp, berkata pengerusi kelab tersebut, Daniel Levy ialah seseorang yang tidak akan bertindak mengikut emosi, justeru beliau tidak akan berganjak dengan penilaiannya mengenai 'harga' yang tepat untuk penyerang Harry Kane.

Kane, 28 tahun gagal hadir ke sesi latihan Spurs, buat hari kedua berturut-turut kelmarin, sebagai usahanya memaksa kelab tersebut melepaskan beliau.

"Kane tahu beliau sedang berurusan dengan seorang individu yang tidak mengikut emosi, yang amat berkira dalam urusan perniagaan," kata Redknapp.

"Daniel tidak akan membiarkan emosi mengkaburi keputusannya. Dia tidak akan mengambil kira perasaan sesiapa pun. Saya cukup kenal dengan beliau," ujarnya lagi.

Kapten England, Kane, yang diberi tempoh hingga hujung minggu ini untuk kembali menyertai latihan kelab, percaya beliau mempunyai persetujuan dengan kelab tersebut untuk meninggalkan Spurs musim ini, dengan Manchester City dikaitkan dengan penyerang tersebut.

Menurut Redknapp, apa yang dilakukan Kane tidak akan memberi kesan kepada Levy sekiranya juara Liga Perdana itu tidak mengeluarkan bayaran yang dimahukan beliau.

"Melainkan ada tertulis dalam kontrak yang Kane boleh berpindah dengan harga sekian, sekian, kemudian barulah pemain itu boleh mendesak Daniel.

"Tapi keadaannya saya rasa ialah, bagi Daniel 'ya, kamu boleh pergi ke City atau kelab lain, namun masalahnya sekarang ialah mereka tidak menawarkan harga seperti mana saya menilai kamu', saya rasa itu pendirian Spurs," kata Redknapp lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg