Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM MILENIAL

Srikandi angkat berat S'pura jaya pecah lagi rekod dunia

Farhanna Farid angkat berat 201 kg untuk atasi rekod 200.5 kg yang dicatat dalam Kejohanan Angkat Berat Klasik Terbuka Dunia di Afrika Selatan Jun lalu
Sep 20, 2022 | 05:30 AM



SRIKANDI angkat berat Singapura Farhanna Farid terus mencipta sejarah apabila berjaya menulis semula rekod dunianya bagi angkat biasa atau 'dead lift' Bawah 52 kilogram dalam Piala Asia Tenggara (SEA) 2022 di Johor Bahru Sabtu lalu, tiga bulan selepas kali pertama memecah rekod dunia.



Beraksi di Hotel Trove, atlet berusia 29 tahun itu mengangkat berat 201 kilogram untuk mengatasi rekod sebelumnya, 200.5 kilogram, yang dicatat dalam Kejohanan Angkat Berat Klasik Terbuka Dunia di Sun City, Afrika Selatan, Jun lalu.



Mengongsi perasaan beliau atas pencapaian hebatnya dalam tempoh tiga bulan itu, Farhanna memberitahu Berita Harian:



"Perasaan luar biasa itu sentiasa ada. Kemenangan ini lebih bermakna kerana hakikatnya ia bukan hanya milik saya sahaja.



"Walaupun secara teknikalnya rekod dunia baru ini terletak hanya perbezaan pada angka, ia menetapkan tanda aras pada setiap apa yang saya cuba lakukan dalam hidup.



"Ia pastinya menimbulkan rasa bangga dan memberi saya harapan serta membuat saya dahagakan lebih banyak kejayaan."



Farhanna menambah bahawa pencapaiannya boleh dianggap setakat sekilas potensi atlet angkat berat yang semakin melonjak naik di Singapura.



"Saya tidak pernah berniat menceburi angkat berat apatah lagi bersaing. Ia benar-benar menunjukkan bahawa seseorang dapat mencapai sesuatu yang luar biasa apabila mereka keluar dari zon selesa mereka.



"Rekod dunia baru ini bukan sahaja satu kemenangan untuk masyarakat angkat berat, ia juga kemenangan untuk Singapura dan kemenangan besar kepada kaum wanita."



Walaupun Farhanna hanya mula berkecimpung dalam sukan itu lima tahun lalu, naib presiden Angkat Berat Singapura dan ketua jurulatih nasional, Ng Jun Jie percaya Farhanna akan dapat terus cemerlang.



Ng, dalam laporan The Straits Times, dipetik sebagai berkata: "Beliau boleh mengangkat seberapa berat yang beliau mahu, jadi itu merumuskan potensinya dengan sangat baik - beliau sedang fikir tentang angka berat seterusnya yang ingin diangkat, beliau sedang fikir tentang peluang seterusnya untuk beraksi di platform antarabangsa.



"Ia benar-benar membuka kemungkinan kepada apa yang boleh beliau lakukan."



Farhanna selanjutnya akan bertanding dalam Kejohanan Asia pada Disember ini.



"Kami sasar untuk memecah lebih banyak rekod Asia dan mudah-mudahan, lebih banyak rekod dunia. Matlamat utama buat masa ini adalah untuk meraih keputusan podium dalam Kejohanan Dunia pada Jun tahun depan," tambah Farhanna.



Kejohanan di seberang Tambak minggu lalu adalah satu kejayaan bagi kontinjen Singapura seramai 48 atlet, yang menamatkan saingan sebagai pasukan terbaik secara keseluruhan. Berdasarkan jumlah markah mereka bagi tiga pusingan angkat berat, mereka memenangi 26 pingat emas, tujuh perak dan sembilan gangsa dalam acara empat hari itu.



Farhanna dinobatkan sebagai atlet angkat berat wanita terbaik, manakala presiden Angkat Berat Singapura, Clinton Lee, yang bertanding dalam acara Bawah 74 kilogram Lelaki, muncul sebagai atlet angkat berat lelaki terbaik.



Selain Farhanna, lima lagi atlet angkat berat negara - Shirley Chu, Nigel Ng, Patricia Lynn Meyer, Saudi Tan dan Yunie Yang - turut mencipta rekod Asia dalam acara masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >