Premium
Srikandi Bermuda rangkul emas pertama temasya
Apr 6, 2018 | 5:30 AM
EMAS BERSEJARAH: Atlit Bermuda, Flora Duffy (atas), meraikan kejayaan memenangi pingat emas pertama Sukan Komanwel ini melalui perlumbaan triatlon. Perlumbaan lelaki dimenangi pula oleh Henri Schoeman dari Afrika Selatan (gambar sisipan). - Foto-foto AFP, REUTERS -
GOLD COAST: Juara dunia dari Bermuda, Flora Duffy, menyambar pingat emas pertama temasya Sukan Komanwel Gold Coast ini melalui perlumbaan triatlon wanita di sini semalam.
Duffy mendapat saingan sengit daripada peserta England, Jessica Learmonth, selepas dua acara pertama - renang dan berbasikal - sebelum mengatasi pencabarnya dalam acara larian 5 kilometer untuk merangkul emas dengan mencatatkan masa 56 minit dan 50 saat.

