Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Srikandi media sosial

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Srikandi media sosial

Mar 14, 2022 | 05:30 AM

Setiap tahun, dunia terkesima dengan kejayaan dan kisah di sebalik kejayaan atlet-atlet wanita. Di dalam setiap arena sukan, wanita semakin meninggalkan kesan dengan mencipta rekod baru, menerobos hambatan dan memecahkan siling kaca. Menerusi kuasa dan pengaruh media sosial juga, atlet wanita kian menebarkan sayap dan menjadi idola peminat sukan sedunia. Namun, siapakah atlet wanita yang paling 'berpengaruh' di media sosial? Sempena Hari Wanita Antarabangsa minggu lalu, dengan sambutannya bakal diteruskan sepanjang bulan Mac ini, BERITA HARIAN mengetengahkan 8 atlet paling berpengaruh di media sosial, termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok.


1. SERENA WILLIAMS
Tenis
38.7 juta pengikut

Beliau bukan hanya dianggap sebagai pemain tenis terhebat dunia dalam sejarah, bahkah antara atlet wanita terhebat yang pernah disaksikan dunia.

Serena Williams memegang rekod 23 kejohanan Grand Slam, meskipun kejayaan terakhirnya ialah pada 2017.

Di samping itu, Williams juga merupakan aktivis yang memperjuangkan kesetaraan bagi atlet wanita.

Meskipun beliau kini sudah menjangkau usia persaraan, namun pengaruhnya terus mekar dengan hampir 40 juta pengikut di media sosial.

2. Ronda Rousey
Tinju (UFC/WWE)
36.7 juta pengikut

Keputusan Ronda Rousey mengumumkan rancangan beliau kembali ke WWE terus memacu popularitinya di dalam talian dengan peminat gusti seluruh dunia tidak sabar menantikan pengesahan daripada atlet tersebut.

Namun, hakikatnya Rousey sudah pun merupakan atlet berpengaruh sebelum itu, dek kejayaannya dalam sukan kombat.

Beliau merupakan wanita Amerika pertama yang memenangi pingat Olimpik dalam sukan judo, dan merupakan petinju wanita pertama yang disertakan dalam Dewan Kemasyhuran UFC.

3. Maria Sharapova
Tenis
29.7 juta pengikut

Meskipun sudah bersara, Maria Sharapova masih merupakan antara tokoh berpengaruh tenis dunia.

Bekas juara dunia sebanyak lima kali itu adalah salah seorang daripada 10 wanita yang telah mencapai ‘Grand Slam Kerjaya’ iaitu menjuarai setiap daripada empat kejohanan tenis paling terkemuka dunia.

Walaupun tidak lagi beraksi di gelanggang, Sharapova masih aktif dalam arena sukan tersebut sekali gus memastikan pengikutnya, yang kini seramai 28 juta, semakin bertambah.

4. Alex Morgan
Bola sepak
20.7 juta pengikut

Pemain bola sepak wanita paling berpengaruh berdasarkan statistik ialah pemain Amerika Syarikat, Alex Morgan.

Beliau merupakan antara kumpulan kecil pemain elit wanita, dan telah mencapai kejayaan meluas di peringkat antarabangsa dengan dua Piala Dunia dan pingat emas Olimpik. Selain itu, Morgan juga mendapat perhatian sebagai antara aktivis sukan yang menuntut kesetaraan antara atlet wanita dan lelaki.

Pada 2019, beliau dinamakan sebagai Warga Paling Berpengaruh, Majalah TIME, dicerminkan antaranya menerusi 19.8 juta pengikutnya di media sosial.

5. Sania Mirza
Tenis
19.9 juta pengikut

Dari 2003 hingga beliau bersara pada 2013, Sania Mirza merupakan pemain tenis wanita nombor 1 India, dan pemain tenis India paling tinggi dalam ranking dunia, dalam sejarah negara itu.

Beliau mencapai kejayaan di gelanggang menerusi acara ‘doubles’, dengan memenangi enam Grand Slam. Dengan 43 kejuaraan sepanjang kerjayanya, Mirza memegang rekod kemenangan dalam acara ‘doubles’ terbanyak dalam sejarah WTA.

Ikon India ini mempunyai 19.9 juta pengikut di media sosial.

6. Simone Biles
Gimnastik
16.9 juta pengikut

Sedang beliau telah menempa nama sebagai antara atlet gimnastik terbaik dalam sejarah dengan 32 pingat emas Olimpik dan kejohanan dunia, pengaruhnya merentasi gelanggang sukan.

Semasa Sukan Olimpik Tokyo, Biles menarik diri daripada beberapa acara ekoran isu-isu kesihatan mental. Keberanian beliau keluar bersuara mengenai pergelutannya dengan masalah mental telah menjadikan isu itu lebih mudah dibincangkan dan sokongan disediakan bagi para atlet.

7. Naomi Osaka
Tenis
11.6 juta pengikut

Naomi Osaka bukan hanya seorang pemain tenis yang baik bahkan seorang usahawan yang bijak serta individu yang tidak teragak-agak bersuara mempertahankan prinsipnya.

Bintang Jepun berusia 24 tahun itu telah memenangi empat pertandingan Grand Slam dalam kerjayanya sejauh ini, dan merupakan antara atlet dunia paling ‘laku’ dari segi pemasaran.

Selain penaja utama, Nike, Osaka juga mempunyai perjanjian tajaan dengan jenama seperti Nissan dan Louis Vuitton.

8. Alisha Lehmann
Bola sepak
11.4 juta pengikut

Satu-satunya wanita dalam sukan bola sepak Liga Super yang berjaya memasuki senarai ini, dan ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Selain seorang pemain bola sepak yang hebat, bintang Aston Villa ini juga telah memperkukuh kedudukannya sebagai bintang Instagram dan TikTok.

Beliau mempunyai lebih 11 juta pengikut media sosial.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3