Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Srikandi silat SG Suhaila bukan lagi 'ratu gangsa'

May 18, 2022 | 05:30 AM



SECARA statistik, di atas kertas, kemungkinan srikandi silat Singapura Nurul Suhaila Mohd Saiful melangkah ke final Sukan SEA sangat tipis.



Sejarahnya menang gangsa sahaja dalam tiga Sukan SEA, nampaknya, akan mungkin berulang sekali lagi.



Namun, naratif perjuangan Suhaila di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi Ahad lalu - Sukan SEA keempatnya - melalui jalan cerita berbeza.



Di satu sudut, Suhaila bersiap sedia berdepan harapan tuan rumah, Nguyen Thi Cam Nhi, pada separuh akhir.



Fokus jelas terpancar pada wajah Suhaila, 27 tahun.



Beliau memanaskan badan sambil berlatih beberapa tendangan terakhirnya sebelum masuk gelanggang.



Dan latihan itu nyata berguna apabila setelah ketinggalan 28-31, Suhaila bangkit menumpaskan harapan Vietnam itu 47-45 untuk mara buat julung-julung kalinya ke final.



Suhaila merai kejayaannya itu dengan penuh emosi - meletakkan tangan di muka, seperti tidak percaya akhirnya beliau membawa pulang pingat berwarna lain.



Suhaila bukan lagi 'ratu gangsa' Sukan SEA.



Ia mungkin perak, tetapi emas tidak mustahil juga.



Kira-kira 12 jam kemudian, di gelanggang sama, Suhaila berjuang habis-habisan dalam final dan menunjukkan mengapa beliau dinobat juara dunia pada 2018.



Suhaila menumbangkan Siti Shazwana Ajak dari Malaysia 30-22 untuk dikalung pingat emas Sukan SEA pertamanya.



Beliau memeluk jurulatihnya sekitar 10 saat, sebelum berlari ke arah pasukan silat Singapura, yang tidak berhenti melaungkan kata semangat sepanjang pertarungannya, di tempat duduk penonton.



Reaksi Suhaila selepas persembahan emas itu bak memberitahu penyokong setianya, "terima kasih kerana tidak putus asa terhadap saya".



Berat mata memandang, berat lagi bahu Suhaila memikul tekanan dan jangkaan ramai untuk beliau meraih kecemerlangan.



"Sebelum ini, saya hanya meraih tiga pingat gangsa. Jadi, anda boleh bayangkan perasaan saya kekal di kedudukan sama selama enam tahun," kata Suhaila selepas kemenangannya.



"Tapi, saya rasa kelainannya apabila memasuki arena tahun ini. Saya rasa seperti seorang pejuang yang berbeza... lebih tenang.



"Saya juga benar-benar fokus dalam mendengar nasihat jurulatih saya sebab saya sangat mempercayai mereka dan saya sangat gembira dapat membawa pulang pingat emas ini untuk mereka."



Kelainan itu termasuk keinginan tinggi untuk menang. Semangat itu diinspirasikan oleh kejayaannya di Kejohanan Sedunia Pencak Silat ke-18 pada 2018 di Singapura, ujar Suhaila.



"Saya fikir sepanjang kerjaya saya, saya mempunyai rekod kekalahan saya sendiri. Tapi, saya rasa pingat emas saya dalam Kejohanan Sedunia lalu banyak merangsang keyakinan dalam diri saya.



"Saya kerap memberitahu diri saya jika saya boleh menjadi yang terbaik di dunia, saya boleh menjadi yang terbaik di Asia Tenggara. Itulah keyakinan yang saya perlukan untuk bertanding," katanya.



Keyakinan itu kurang ada dalam dirinya selepas Kejohanan Sedunia itu. Menurut Suhaila, beliau meragui keupayaannya.



Bagaimanapun, dengan bantuan pandemik Covid-19, beliau berjaya menembusi halangan itu dan menjumpai dirinya semula.



"Pandemik ini memberi saya banyak perkara untuk difikirkan. Saya berehat panjang tanpa bersaing, jadi saya berasa bak dibebaskan dari sangkar.



"Rehat itu memberi saya ruang untuk berkembang dan banyak ketenangan yang saya perlukan untuk menjadi orang berbeza," kata juara Asia dua kali itu.



Ditanya Berita Harian apakah kemenangan emas itu menandakan kemunculan semula Suhaila versi juara dunia, beliau tersenyum sambil berkata: "Pastinya. Saya melihat kesungguhan yang sama."



Suhaila selanjutnya akan menyasarkan menakluki sekali lagi gelanggang Kejohanan Sedunia Pencak Silat ke-19 di Malaysia Julai ini, sekali gus mempertahankan gelarannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >