SSA dapat sokongan terus Yakult
Premium
SSA dapat sokongan terus Yakult
Jan 28, 2018 | 5:30 AM
SSA dapat sokongan terus Yakult

PERJANJIAN 'MENANG-MENANG': Presiden SSA, Lee Kok Choy (empat dari kanan) dan pengarah urusan Yakult Singapore, Kiyotaka Sakurai (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai dan atlit akuatik lain negara di majlis tajaan kelmarin. - Foto SSA -
PERSATUAN Renang Singapura (SSA) dan Yakult Singapore kelmarin mengumumkan lanjutan tajaan bagi tiga tahun lagi - menjadikan syarikat minuman berkhasiat ini sebagai rakan sokongan yang paling lama dengan badan renang setempat itu.
Perjanjian baru itu akan menyaksikan Yakult terus memberi sokongan kepada SSA dari 2018 hingga 2021.

