STADIUM serata dunia biasanya berubah menjadi hingar bingar dipenuhi ratusan ribu penyokong bersorak untuk pasukan kegemaran mereka.
Namun, untuk mengurangkan penularan Covid-19, penyokong tidak dibenarkan masuk ke stadium.
Justeru, apabila persaingan liga disambung semula, pemain beraksi dalam perlawanan 'norma baru' di stadium sunyi dan kosong tanpa kehadiran penonton.
Mereka juga perlu mematuhi langkah jarak selamat yang ketat.
Persatuan sukan dan kelab-kelab mencari cara kreatif untuk menghidupkan suasana stadium.
Ini termasuk memainkan audio sorakan peminat semasa perlawanan dan meletakkan sepanduk kelab serta peminat yang dipotong daripada kadbod untuk menampakkan stadium penuh.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg