KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018
Stange: 'Sensasi dunia' jika Singapura ikat Jepun
Jun 16, 2015 | 05:30 AM
JEPUN membelasah Uzbekistan 5-1 dan Iraq 4-0 dalam dua perlawanan persahabatan menjelang pertemuannya dengan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2018 malam nanti.
Kededua pasukan itu menduduki ranking Fifa lebih tinggi daripada Singapura - yang berada di tangga ke-154 - dan jurulatih nasional Bernd Stange akur Jepun akan menguasai sebahagian besar perlawanan ini.