Topik diikuti
Pergi ke BHkuStange 'tegang' tatkala Singa terdesak menang besar
Singa diperkuat kehadiran semula Hariss dan Safuwan apabila turun lawan Kemboja malam ini
Oct 13, 2015 | 5:30 AM
Stange 'tegang' tatkala Singa terdesak menang besar
MUNGKIN tekanan yang mengiringi persembahan mengecewakan - 'kemenangan bertuah' ke atas Afghanistan - minggu lalu memainkan peranannya.
Di sidang akhbar di Hotel Amara semalam, tumpuan jurulatih nasional, Bernd Stange, bukan sahaja pada Kemboja - lawan Singa dalam pertarungan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Negara malam ini.