Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA JUARA

Stephanie Frappart, wanita pertama dilantik pengadil Liga Juara-Juara

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



PARIS: Pengadil Perancis, Stephanie Frappart, menjadi wanita pertama dilantik pengadil bagi perlawanan Liga Juara-Juara lelaki apabila beliau meniup wisel pertama dalam perlawanan Juventus menentang Dynamo Kiev awal pagi esok (4 pagi waktu Singapura).



Frappart sebelum ini menjadi wanita pertama menjadi pengadil dalam pertandingan bola sepak utama lelaki dalam perlawanan Liverpool menentang Chelsea dalam Piala Super pada 2019.



Berusia 39 tahun, pengadil berpengalaman itu juga telah mengadili perlawanan akhir Piala Dunia Wanita 2019 antara Amerika Syarikat dan Belanda selain menjadi pengadil dalam liga utama Perancis, Ligue 1 sejak 2019.



Frappart, yang mula menjadi pengadil pada usia 13 tahun, adalah pengadil wanita pertama di divisi kedua Perancis pada 2014. Lima tahun kemudian beliau dinaikkan ke Ligue 1 lelaki.



Beliau juga wanita pertama yang menjadi pengadil perlawanan antarabangsa lelaki ketika beliau mengendalikan pertandingan Liga Negara-Negara antara Malta dan Latvia September lalu.



Baru-baru ini, Frappart dilantik sebagai pengadil buat julung-julung kali dalam perlawanan Liga Europa semasa kelab England, Leicester City menjadi tuan rumah kepada Zorya Luhansk.



Beliau mengikut jejak pengadil Switzerland, Nicole Potignat, merupakan wanita pertama yang menjadi pengadil dalam perlawanan lelaki UEFA apabila beliau dilantik menjadi pengadil dalam perlawanan kelayakan Piala UEFA (sekarang Piala Europa) antara 2004 dengan 2009.



Juventus, yang telah pun melayakkan diri ke pusingan suku akhir, kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan G dengan sembilan mata, lapan mata di hadapan Dynamo Kiev dan tiga mata di belakang Barcelona.



Pasukan Sepanyol, Barca, akan bertemu Ferencvaros. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >