Topik diikuti
Pergi ke BHkuSterling dijangka buat kejutan apabila minta dipindah
May 20, 2015 | 5:30 AM
Sterling dijangka buat kejutan apabila minta dipindah
LONDON: Penyerang muda berbakat Raheem Sterling dijangka membuat kejutan dalam pasukan Liverpool apabila beliau meminta dipindahkan daripada kelab Anfield itu pada akhir musim ini, menurut laporan kelmarin.
Sterling dan ejennya, Aidy Ward, menangguhkan rundingan kontrak awal musim ini walaupun pengurus Brendan Rodgers memberi gambaran bahawa Liverpool bakal menawarkannya satu "kontrak menakjubkan".