Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Sterling dilapor setujui syarat peribadi untuk sertai Chelsea

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Manchester City, Raheem Sterling, sudah mempersetujui syarat peribadi untuk menyertai Chelsea.



Bintang England berusia 27 tahun itu mempunyai baki setahun dalam kontraknya di City dan telah menarik minat dari beberapa kelab besar luar England.



City menandatangani Sterling dari Liverpool dalam perjanjian bernilai £49 juta ($82 juta) pada 2015 dan beliau kemudian menyumbatkan 131 gol dalam 339 penampilan bagi kelab di Stadium Etihad itu.



Sekiranya perjanjian berjalan lancar dan tiada halangan, Sterling - yang telah 77 kali menyarung jersi England - akan menjadi 'rekrut; besar pertama Chelsea sejak mereka diambil alih oleh konsortium yang dipimpin Todd Boehly pada musim panas ini.



Dijangka perjanjian itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat supaya Sterling dapat bergabung dengan skuad Chelsea sebelum mereka berlepas ke Amerika Syarikat bagi jelajah pramusim mereka minggu depan.



Menurut laporan BBC Sport, ia difahamkan semua pihak telah mencapai keputusan dengan Sterling ingin menyahut cabaran baru dan kagum dengan visi pengurus The Blues, Thomas Tuchel, dan peranan yang diberikan kepadanya.



Kelab gergasi lain, termasuk Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Sterling tetapi pemain itu tertarik oleh keingingan Chelsea, yang disuarakan kepada awam dan secara peribadi, untuk menandatanganinya.



City bagaimanapun mahu Sterling kekal, namun beliau akan meninggalkan serta pengurus Pep Guardiola secara baik.



Sterling melihat pemindahan ini sebagai kontrak paling penting dalam kerjayanya dan mahu memainkan peranan penting di kelab yang akan mencabar semua kejohanan utama.



Sterling masih mempunyai sasaran yang ingin dicapainya, secara sepasukan dan dalam kerjaya profesionalnya, termasuk memenangi Ballon D'Or.



Selain pemain Manchester United, hanya John Terry dan bekas rakan sepasukannya di City, Fernandinho, yang telah memenangi lebih daripada empat gelaran Liga Perdana England (EPL) yang dimilikinya.



Namun, beliau masih menyimpan hasrat untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.



Sterling yang mencetuskan perbualan mengenai masa depannya bersama City dan difahamkan beliau menghargai ruang yang diberikan kepadanya untuk membuat keputusan.



Kehadiran Sterling di Stamford Bridge dapat merangsang pilihan jentera serangan Tuchel setelah Chelsea melepaskan penyerang Belgium, Romelu Lukaku, yang dipinjamkan semula kepada Inter Milan untuk tempoh semusim.



Lukaku merupakan penjaring gol terbanyak Chelsea musim lalu dengan 15 gol dalam semua pertandingan, diikuti dengan Kai Havertz (14 gol) dan Mason Mount (13 gol).



Sejak Guardiola menjadi pengurus pada 2016, hanya Sergio Aguero (124) yang mampu meledakkan lebih banyak gol untuk City daripada Sterling (120).



Sterling menyumbatkan 13 gol dalam 30 penampilan EPL musim lalu, sekali gus memenangi gelaran liga keempatnya, iaitu kejuaraan utama kesembilan beliau sepanjang tujuh musim bersama City. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >