Topik diikuti
Pergi ke BHkuStewart turut tampil dedah kes penderaan seksual

Stewart turut tampil dedah kes penderaan seksual
LONDON: Bekas pemain penyerang yang pernah menyarungi jersi Tottenham Hotspur, Liverpool dan Manchester City, Paul Stewart, di samping dua bekas pemain lain tampil mengatakan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penderaan seksual yang dilakukan jurulatih skuad belia semasa zaman kanak-kanak mereka.
Stewart, yang juga pernah mewakili England tiga kali, mendakwa bahawa beliau diserang secara seksual berulang kali oleh seorang lelaki yang mengugut akan membunuh anggota keluarganya jika beliau mengadu insiden itu kepada orang lain.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
