Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Suarez dipilih sebagai Pemain Terbaik PFA

Apr 28, 2014 | 10:12 AM



LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez, dinobatkan sebagai Pemain Tahunan Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).


Pemain antarabangsa Uruguay itu dianggap sebagai pemain paling menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), membantu Liverpool menyertai semula Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan hampir memburu kejuaraan liga perdana Inggeris.


Suarez menerima anugerah itu dalam satu majlis di Grosvenor House Hotel di London selepas Liverpool tewas 2-0 kepada Chelsea dalam perlawanan di Anfield yang berakhir sekitar 10.30 malam tadi, waktu Singapura.


Kekalahan Liverpool di padang sendiri kini membuka luas peluang ketiga-tiga pasukan bersaing untuk menjuarai EPL bagi musim 2013/2014 ini.


Apatah lagi, Manchester City lewat malam tadi (waktu Singapura) berjaya menewaskan Crystal Palace 2-0 di padang lawan.


Sementara itu, pemilihan Suarez dianggap tepat memandangkan penyerang prolifik berusia 27 tahun ini telah menjaringkan 30 gol dalam 31 aksi permainan sepanjang musim ini.


Tiada satupun jaringan itu hasil daripada sepakan penalti.


Selain itu, beliau turut menyumbang 12 sentuhan untuk rakan-rakan sepasukannya menjaringkan gol untuk Liverpool.


"Dalam Liga Perdana Inggeris yang dipenuhi pemain yang hebat, ia adalah satu penghormatan bagi saya kerana mereka mengiktiraf usaha anda di padang permainan," kata Suarez. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >