Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Sudah tibanya Brazil jadi juara dunia: Tite

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Jurulatih Brazil Tite menegaskan "sudah tiba masanya (Brazil) menjadi juara", sedang pasukan Selecao itu memburu kejayaan di Piala Dunia di Qatar.



Pasukan kendalian Tite menunjukkan persembahan memberangsangkan di saingan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan dengan rekod tanpa kalah bagi menempah tempat di final kejohanan terbesar dunia itu pada November ini.



Brazil, yang gagal menjulang Piala Dunia sejak 2002 walaupun selalu menjadi pilihan dan sedang mengejar gelaran kelima dunia mereka, akan berdepan Serbia pada 24 November sebelum bertemu Switzerland dan Cameroon dalam aksi Kumpulan G.



Argentina merupakan satu lagi kuasa besar dalam persaingan merebut trofi dunia itu, dengan juara Copa America itu belum pernah tewas sepanjang 33 perlawanan sejauh ini - rekod tanpa kalah paling banyak dalam bola sepak antarabangsa.



Perancis juga antara pencabar utama dalam pemburuan Piala Dunia, manakala England, Belgium, Sepanyol dan Jerman antara pilihan menjulang trofi itu.



Namun, Tite menegaskan sudah tiba masanya Brazil, yang mengatasi Belgium dalam senarai teratas bola sepak dunia, bergelar juara.



"Saya penuh harapan tetapi fokus. Kami mara ke Piala Dunia, sekarang tiba masanya masuk final dan menjadi juara. Ini hakikatnya.



"Pada Piala Dunia lalu, saya menjadi pengurus kerana keadaan lain (Dunga dipecat pada 2016 dan Tite mengambil alih).



"Sekarang saya mempunyai peluang melengkapkan pusingan empat tahun. Jangkaan tinggi tetapi tumpuannya pada kerja. Tekanan yang kami hadapi adalah satu masalah: tanggungjawab, tekanan jawatan, tuntutan.



"Semasa saya menjadi penyokong, saya mahu pasukan itu menjadi yang terbaik. Ini yang mendorong kami." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >