SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Suhaila gagal pertahan emas silat

Suhaila gagal pertahan emas silat

May 10, 2023 | 5:30 AM

Suhaila gagal pertahan emas silat

WAJAH KECEWA: Nurul Suhaila Saiful, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, diberi kata-kata perangsang oleh jurulatih nasional menyusuli kekalahannya kepada pesilat Vietnam, Quang Thi Thu Nghia. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM
WAJAH KECEWA: Nurul Suhaila Saiful, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, diberi kata-kata perangsang oleh jurulatih nasional menyusuli kekalahannya kepada pesilat Vietnam, Quang Thi Thu Nghia. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM -

DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: SRIKANDI silat Singapura, Nurul Suhaila Saiful, hilang takhta Sukan SEA-nya selepas tumbang dalam separuh akhir kelas E puteri (65-70kg) pada Selasa.

Juara dunia itu gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi lalu di Hanoi, Vietnam, pada 2022.

Di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada pagi Selasa, Suhaila, 28 tahun, tumpas 10-26 di tangan pesilat Vietnam, Quang Thi Thu Nghia, dan terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa keempatnya.

Ini merupakan penampilan keenam Suhaila dalam Sukan SEA.

Sehingga Selasa, skuad silat Singapura telah menggondol lima pingat - sebutir emas dan empat gangsa - di Kemboja.

Emas Singapura dimenangi oleh pasukan seni wanita.

Gangsa pula sumbangan Suhaila, Iqbal Abdul Rahman (seni tunggal putera), Nazurah Yusoff (seni tunggal puteri) dan Tuhfah Izzah Roslan (tanding kelas bawah 45kg puteri).

Pada Selasa, empat pesilat tanding Singapura, Nadhrah Sahrin (kelas A puteri 45-50kg), Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin (kelas G putera 75-80kg), Sheik Farhan Sheik Alau'ddin (kelas I putera 85-90kg) dan Nurshahfareeq Shahrudin (kelas H putera 80-85kg) menang perlawanan mereka dan mara ke pusingan akhir.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg