Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN-PARA

Suhairi ke Grand Prix Dubai sebagai persiapan awal aksi di Sukan Para Asia

Mar 10, 2018 | 05:30 AM



MATLAMATNYA ialah mencatatkan yang terbaik di temasya Sukan Para Asia di Indonesia Oktober ini.



Sebagai perjalanan menuju matlamat itu, jaguh lompat jauh sukan-para negara, Suhairi Suhani, berpeluang mengukur prestasinya di tahap awal musim baru ini apabila menyertai Grand Prix Para-Atletik Dunia di Dubai - siri kejohanan anjuran Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) - pada 13-16 Mac ini.



Kejohanan Grand Prix itu juga adalah pertandingan kompetitif pertamanya tahun ini selepas temasya Sukan Para Asean (APG) Kuala Lumpur September lalu yang turut menyaksikan Suhairi - yang bertanding dalam kategori T20 bagi atlit yang mempunyai tahap kecerdasan rendah - memenangi pingat perak dengan lompatan terbaik peribadi (PB) iaitu sejauh 6.85 meter.



Menggariskan persiapan yang akan dilalui anak didiknya itu, jurulatih Suhairi, bekas jaguh perlumbaan pecut negara, Muhamad Hosni Muhamad, berkata:



"Persiapan bagi musim baru ini sudah pun dimulakan sekitar sebulan lalu, jadi kejohanan di Dubai ini lebih sebagai usaha secara bertahap untuk mengembalikan tahap kompetitif Suhairi apabila tampil di medan pertandingan.



"Ia juga adalah kejohanan pertamanya tahun ini, jadi kami tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi baginya, sekadar mahu melihatnya kembali seronok bertanding dan cuba mencatatkan yang terbaik.



"Selain meninjau tahap persediaannya, Suhairi juga akan menjalani 'ujian klasifikasi' yang diadakan IPC sempena Grand Prix Dubai bagi mendapatkan 'lesen' untuk membolehkannya terus beraksi dalam kategori sukan-para ini."



Latihan sempena musim baru pertandingan ini, kata Hosni lagi, turut menyaksikan anak didiknya meluangkan lebih banyak masa di gim dalam usaha meningkat otot dan kekuatannya.



Ini, di samping usaha memperhalusi lagi teknik larian dan lompatannya, diharap akan membantu Suhairi mencatatkan jarak lompatan yang lebih jauh apabila beraksi di kejohanan terbesarnya tahun ini nanti - Sukan Para Asia.



Selepas Grand Prix Dubai ini, terdapat juga rancangan mempertingkatkan lagi persiapan Suhairi - penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan dari agensi sukan negara, Sport Singapore (SportSG) - untuk bertanding di tiga Grand Prix IPC lain di China, Italy dan Switzerland.



Kesemua itu diharap membantu anak keempat dalam keluarga enam beradik ini - yang turut berpengalaman beraksi di temasya Paralimpik Rio pada 2016 - terus cemerlang dalam sukan ini terutama dalam usaha bersaing merebut pingat di pentas Sukan Para Asia nanti.



Mengulas mengenai harapannya bagi tahun ini, Suhairi - yang dihubungi sebelum beliau berlepas ke Dubai awal pagi tadi - berkata:



"Ini tahun yang seronok kerana adanya Sukan Para Asia... tetapi saya akan cuba menghadapi satu kejohanan demi satu kejohanan.



"Matlamat utama tentu sekali cuba mencatatkan lompatan terbaik saya di Sukan Para Asia nanti... kalau boleh, saya mahu cuba melepasi jarak 7 meter."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >