BELIAU dianggap antara para-atlit paling berbakat Singapura.

Baru berusia 20 tahun, Suhairi Suhani berpeluang terus mempertingkat keupayaannya apabila bertanding dalam acara lompat jauh (T20) - bagi atlit yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah - di Kejohanan Para Atletik Dunia, yang akan bermula di London lusa.