Premium
12 dipilih wakili negara dalam acara bowling
Jul 4, 2018 | 5:30 AM

DIPILIH: Skuad seramai 12 atlit bowling yang dipilih mewakili negara di Sukan Asia Indonesia Ogos ini (dari kiri, barisan belakang) Joey Yeo, Cherie Tan, Daphne Tan, Shayna Ng, Jazreel Tan serta Bernice Lim dan (dari kiri, barisan depan) Alex Chong, Muhammad Jaris Goh, Cheah Ray Han, Basil Ng, Darren Ong dan Jonovan Neo. - Foto SINGAPORE BOWLING -
MENYUSULI proses pemilihan yang menyeluruh sepanjang enam bulan lalu, termasuk keputusan yang dicatatkan di kejohanan yang disertai, Singapore Bowling semalam mengumumkan nama 12 peserta - enam lelaki dan enam wanita - yang dipilih mewakili negara di temasya Sukan Asia Indonesia yang berlangsung pada Ogos ini.
Acara ini, yang akan diadakan di Pusat Bowling Jakabaring buat kali pertamanya, juga akan menyaksikan jumlah kategori pertandingan dikurangkan kepada hanya tiga berbanding di temasya-temasya sebelum ini selain pertukaran pada format kiraan mata.

