KEPUTUSAN wasit yang dianggap berpihak kepada pasukan tuan rumah terus membayangi pertandingan silat di Sukan Asia ke-18 di Jakarta, Indonesia, yang berlabuh tirai hari ini.

Buat masa ini, Indonesia telah memenangi pingat emas dalam lapan daripada 16 acara yang dipertandingkan.