SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sukan Asia: Joseph Schooling menangi pingat emas pertama Singapura

Sukan Asia: Joseph Schooling menangi pingat emas pertama Singapura

Aug 22, 2018 | 7:31 PM

Sukan Asia: Joseph Schooling menangi pingat emas pertama Singapura

JAKARTA: Joseph Schooling berjaya memenangi pingat emas pertama Singapura dalam Sukan Asia 2018 selepas beliau muncul sebagai perenang terpantas dalam pusingan akhir acara renang 100 meter gaya kupu-kupu hari ini (22 Ogos).

Perenang berusia 23 tahun itu turut mencatat masa terpantas bagi acara tersebut dalam sejarah Sukan Asia, iaitu 51.04 saat.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Quah Zheng Wen, menduduki tempat keempat dengan mencatat masa 52.54 saat dalam acara di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia itu.

Li Zhuhao dari China mendapat pingat perak manakala Yuki Kobori dari Jepun meraih pingat gangsa.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg