Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH PERNIAGAAN DALAM SUKAN

Sukan cara luang masa bermutu bersama keluarga, kawan

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN saya dalam sukan bermula semasa saya muda.



Ayah saya seorang wartawan sukan, dan kenangan indah kami ketika zaman kanak-kanak dipenuhi perjalanan jauh menaiki bas ke stadium, dan bersorak bagi Lions pada Piala Malaysia dan menonton perlawanan bola keranjang.



(Kami meneruskan kegiatan ini bersama tiga orang anak kami hari ini, untuk meneruskan apa yang saya pelajari daripada ayah saya).



Oleh itu, dengan permulaan minat awal dalam bidang, saya sangat kompetitif dan aktif mewakili sekolah/unit tentera/universiti dalam sukan mulai dengan sukan berkanu hingga rentas desa dan bot niaga.



Sifat kompetitif yang dipupuk dalam diri saya sejak muda segera diterjemahkan ke arah mengambil risiko dan berdaya tahan hingga dalam perdagangan.



Bekerja di seluruh Asia, dewan niaga Amerika Syarikat dan Eropah semakin memperkukuhkan pendekatan berdisiplin saya terhadap aktiviti sukan, kerana seorang peniaga berhasrat berada di kedudukan terbaik dari segi mental dan fizikal setiap hari.



Pengalaman saya sebagai anak muda Asia dalam dunia dana lindung nilai (hedge fund) Greenwich, yang jarang berlaku, pada awal 2000 paling menarik.



Saya sering dicabar secara fizikal oleh rakan sekerja (dengan keseluruhan pertaruhan bertaruh wang tunai) untuk membuktikan tempat saya dalam dunia perdagangan yang sukar.



Sudah tentu dalam dunia sumber manusia (HR) hari ini, cabaran satu dengan satu ini akan dianggap diskriminasi, tetapi saya benar-benar menikmati cabaran ini (daripada berlari di salji hingga gusti lengan dan lain-lain) dan yang lebih penting lagi, memperoleh persahabatan dengan pemain pasukan. Penghormatan mesti diperolehi.



Namun, hari ini sikap saya terhadap sukan telah berubah kerana tuntutan sebagai seorang ayah dan sebagai anak lelaki ibu bapa kian berumur mengubah keutamaan saya.



Oleh itu, daripada berusaha mencatat prestasi terbaik dalam maraton dan triatlon seperti kebanyakan orang dalam dunia perniagaan, sukan bagi saya telah menjadi aktiviti ikatan keluarga dan sosial.



Lebih penting lagi, saya sebenarnya lebih menikmatinya!



Saya berjumpa ramai orang yang memberitahu saya jika mereka berhenti bersenam walaupun sehari, mereka akan berasa bersalah; tetapi jelaskan tidak salah kalau menyertai sukan secara santai daripada menjadikannya satu lagi tugas yang harus diselesaikan, sama seperti kerja?



Bagi saya, saya mewujudkan fleksibiliti dalam jadual saya, dan saya makan/minum apa saja yang saya inginkan dan secara sederhana tanpa diet.



Saya membiarkan tubuh saya memberitahu saya dan walaupun saya tidak mencapai puncak cergas 100 peratus seperti sebelum ini, saya mendapati pendekatan ini lebih dapaty dikekalkan dan menjadikan saya dan orang yang saya sayangi lebih bahagia.



Bermain tenis meja setiap hari bersama anak-anak saya, joging santai selama 30 minit bersama rakan sekerja, dan bermain futsal atau badminton bersama rakan-rakan kini memenuhi kalendar saya.



Pandangan saya untuk berusaha mencabar diri saya sebagai individu dalam bidang sukan kini telah berkembang menjadi pendekatan sosial, seperti minum kopi di kedai kopi bersama rakan-rakan.



Semasa wabak ini, anak saya dan saya, bersama dua rakan, mendaftar untuk menjadi Jurulatih Peribadi Bertaulian bersama Majlis Kekuatan dan Kecergasan Nasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menggunakan kredit SkillsFuture kami.



Ini bukan kursus mudah bagi orang tua seperti saya berbanding orang lain yang mengikuti kursus itu sebagai satu kerjaya.



Tetapi saya gembira kerana saya dapat meluangkan masa bersama anak saya dan dalam proses itu, kami mencipta sejarah menjadi antara peserta tertua dan termuda dalam sejarah kursus itu.



Saya tidak tahu apa jawapan tepat dan mungkin tidak ada, kerana semua cara akan mencapai matlamat sama dan bergantung apa anda ingin capai akhirnya.



Bagi saya, pendekatan lebih fleksibel mungkin lebih berhasil, selain meletak hubungan sebagai teras, bukan saya sebagai seorang individu.



  • Penulis Ketua Pegawai Eksekutif APAC - sebuah syarikat Fortune 25 global dan gemar menghabiskan masa bersama tiga anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >