Pasukan floorball negara terima tajaan $20,000 dari firma perakaunan
Premium
Pasukan floorball negara terima tajaan $20,000 dari firma perakaunan
Mar 7, 2020 | 5:30 AM
TAJAAN BERMAKNA: Pasukan floorball wanita negara menunjukkan jersi pasukan yang memaparkan penaja utama, Nexia TS. Kelihatan kapten pasukan Amanda Yeap (jersi no. 22), naib kapten Jowie Tan (jersi no. 16), dan diantara mereka, Cik Loh Hui Nee, pengarah Nexia TS, yang telah menaja pasukan wanita sejak 2017. - Foto fail -
FIRMA perakaunan, Nexia TS, melanjutkan sokongannya kepada pasukan floorball wanita Singapura dengan memperbaharui tajaan sejumlah $20,000 untuk setahun lagi sehingga 2021.
Mengulas langkah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Innovasi, Kumpulan Nexia TS, Encik Henry Tan berkata, "persembahan memberangsangkan pasukan tersebut di arena antarabangsa menunjukkan pasukan floorball wanita tanahair berupaya mencapai lebih tinggi lagi.

