ATLIT para nasional Mohammad Khairi Ishak dikenakan larangan bertanding selama empat tahun selepas gagal ujian doping, menurut laporan akhbar The Straits Times.
Pelari berusia 28 tahun itu diuji positif bagi methandienone, steroid anabolik, dalam ujian di luar pertandingan pada 12 Mac, dan terus digantung dari bertanding.
Pada petang Khamis, beliau menghadapi panel tiga orang dalam sesi dua jam di pejabat Anti-doping Singapore (ADS) malam Khamis lalu bagi kesnya.
Selepas pertimbangan, panel tersebut memutuskan untuk menggantung Khairi dari bertanding secara rasmi.