Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN KOMANWEL

Rangkul perak tapi Toh yakin mampu catat masa lebih pantas

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



BELIAU baru sahaja meraih pingat perak di Sukan Komanwel, namun itu sedikit pun tidak mencetus sebarang reaksi daripada Toh Wei Soong.



Perenang berusia 23 tahun itu memaparkan ketenangannya selepas menduduki tempat kedua dengan masa 29.01 saat, dalam acara gaya bebas S7 50 meter lelaki di Pusat Akuatik Sandwell, kelmarin, lapor akhbat The Straits Times (ST).



Mungkin reaksinya sedemikian kerana beliau ingin mencapai masa terpantas.



"Ia bukan masa terpantas yang saya tahu saya mampu capai," kata Toh yang mempunyai masa peribadi terbaik dengan mencatat rekod nasional 28.65 saat.



"Saya tidak kecewa, saya bukan rasa saya tidak gembira, tapi saya tahu ini bukan kepantasan yang sepatutnya saya mampu capai. Saya boleh renang lebih pantas lagi."



Perenang Australia Matthew Levy, meraih pingat emas dengan masa 28.95 saat, sementara pingat gangsa milik Christian Sadie dari Afrika Selatan yang mencatat masa 29.78 saat.



Sedang Toh percaya beliau mampu berenang lebih pantas, beliau juga faham 9 (noted) bahawa ia merupakan perlumbaan pertamanya di Birmingham dan tiada saringan bagi acara itu.



Beliau kekal gembira dengan perubahan yang dibuat ke atas program latihannya sepanjang beberapa bulan lalu dan percaya ini akan membantunya dalam persiapan Paralimpik 2024 di Paris, kelak.



Satu perubahan besar buat dirinya adalah kerana beliau bekerja rapat dengan pakar fisioterapinya, Roger Fitzgerald, yang merupakan pakar fisioterapi bagi pasukan seperti Australia dan Singapura di Sukan Olimpik.



Beliau memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil seperti cara pernafasannya dan kekuatannya dan amat senang dengan kemajuannya.



Toh berkata:



"Terdapat banyak perkara yang saya lakukan dalam beberapa bulan lalu dan malangnya ia tidak tercapai.



"Sekiranya tercapai, saya mampu catat masa di bawah 28 saat jadi saya rasa terkilan sedikit kerana tiada peringkat saringan di sebelah pagi.



"Sebaliknya saya terpaksa masuk terus perlumbaan tanpa dapat menguji teknik yang terbaik. Tapi saya tidak boleh terlalu memikirkannya.



"Perkara utama adalah, ke mana arah tuju saya selepas ini?



"Kami masih mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan dan saya teruja untuk berlumba dan memperhalusi semua teknik ini kerana apabila kita capai ke peringkat itu, ia pasti pencapaian besar.



"Sekiranya berhasil, banyak perkara hebat yang boleh dicapai di Paris."



Toh mula buat penampilan di Paralimpik buat kali pertama tahun lalu dan meraih gangsa dalam acara sama di edisi sebelum itu dalam satu perlumbaan di Gold Coast.



Di Paralimpik Tokyo, beliau menduduki tempat keempat dalam acara kuak kupu-kupu S7 50 meter - ketinggalan hanya 0.16 saat di belakang perenang tempat ketiga, Carlos Daniel Serrano Zarate.



Memangdangkan beliau hampir raih sebutir pingat, Toh bekerja rapat dengan jurulatihnya, bekas perenang nasional, Ang Peng Siong, untuk cuba naik menduduki tempat di podium pemenang di Paris, kelak.




"Terdapat banyak perkara yang saya lakukan dalam beberapa bulan lalu dan malangnya ia tidak tercapai.

Sekiranya tercapai, saya mampu catat masa di bawah 28 saat jadi saya rasa terkilan sedikit kerana tiada peringkat saringan di sebelah pagi.

Sebaliknya saya terpaksa masuk terus perlumbaan tanpa dapat menguji teknik yang terbaik. Tapi saya tidak boleh terlalu memikirkannya.''

- Toh Wei Soong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >