Sukan Olimpik: Pasukan wanita tenis meja S'pura tewaskan Perancis, mara ke suku akhir
Sukan Olimpik: Pasukan wanita tenis meja S'pura tewaskan Perancis, mara ke suku akhir
PASUKAN wanita tenis meja Singapura mara ke suku akhir selepas menewaskan Perancis 3-0 dalam pusingan kelompok 16 pasukan di Gimnasium Metropolitan Tokyo pada Isnin (2 Ogos).
Singapura akan bertemu juara bertahan dan pasukan ranking nombor satu, China di suku akhir pada Selasa.
Pasangan Singapura Yu Mengyu dan Lin Ye mengatasi lawan, Stephanie Loeuillette dan Yuan Jia Nan, 3-0 (11-6, 11-5, 13-11) dalam 24 minit untuk menang perlawanan beregu.
Dalam perlawanan perseorangan pertama, Feng Tianwei, pemain nombor 9 dunia bangkit dari belakang untuk melakar kemenangan 3-2 ke atas pemain ranking ke-390 Parthika Pavade (8-11, 6-11. 11-3, 11-8, 11-3) dalam 36 minit.
Pemain nombor 47 dunia, Yu Mengyu, yang sudah meraih tempat keempat dalam perseorangan wanita di Tokyo 2020, menjamin kemenangan pasukan Singapura apabila mengalahkan Yuan Jia Nan 4-1 (11-8, 7-11, 11-5, 11-8) dalam perlawanan perseorangan kedua.
Keputusan terbaik pasukan tenis meja Singapura adalah di London 2012 ketika negara berjaya memungut pingat gangsa.
Namun mereka gagal mengulangi persembahan di Rio 2016 selepas kalah kepada Jepun dalam perlawanan main habis atau 'playoff' pingat gangsa.

