Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Olimpik Rio 2016 ditutup

Aug 22, 2016 | 08:35 AM



RIO DE JANEIRO: Sukan Olimpik Rio 2016 ditutup pada awal pagi Ahad (21 Ogos, Isnin di Singapura) selepas kemenangan maraton oleh Eliud Kipchoge pada hari terakhir pertandingan.



Atlet dan pegawai dari seluruh dunia menyertai majlis penutup di Stadium Maracana di Rio, yang menurunkan tirai Sukan Olimpik pertama di Amerika Selatan.



Pada hari akhir itu, Kipchoge, pelari 31 tahun dari Kenya, bersinar dengan kemenangan ketujuh dalam lapan maraton, pada masa dua jam lapan minit dan 44 saat.



Kemudian, Pasukan Impian bola keranjang Amerika Syarikat memenangi emas ke-306 dan terakhir dalam Rio 2016 dengan menghancurkan Serbia 96-66.



Dengan kemenangan itu, Amerika menyamai jumlah 46 pingat emas yang dimenanginya di London empat tahun lalu untuk menggantikan Britain mendahului pungutan pingat.



Britain mencatat kejutan dengan menduduki tempat kedua dengan 27 pingat emas, mengatasi China yang mendapat 26.



Pada majlis penutup berwarna-warni, yang dimulakan dengan pelajar sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Brazil, Rio menyerahkan obor Olimpik kepada Tokyo, hos Olimpik 2020.



Perdana Menteri Shinzo Abe, yang menemui atlet Jepun di Rio pada Ahad, berkata Tokyo kini mahu menganjurkan Sukan Olimpik terbaik dalam sejarah.



"Kerajaan Jepun akan berusaha keras supaya anda boleh mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, supaya anda berada dalam keadaan terbaik anda, dan bekerja keraslah supaya ia menjadi Sukan Olimpik terbaik pernah diadakan," Encik Abe memberitahu atlet Jepun. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >