Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Sukan Para Asean kembali selepas dua kali ditangguh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN PARA ASEAN

Sukan Para Asean kembali selepas dua kali ditangguh

Jun 25, 2022 | 05:30 AM

SELEPAS lima tahun dan dua penangguhan, seramai 37 atlet para Singapura bakal beraksi sekali lagi di temasya Sukan Para Asean (APG) tahun ini.

Antara mereka termasuk atlet Paralimpik negara, Diroy Noordin (atletik), Sophie Soon (renang) dan Nur Syahidah Alim (memanah).

Syahidah, 36 tahun, akan mempertahankan pingat emas kompaun individu wanita, manakala beberapa pemenang pingat di APG 2017 termasuk Toh Sze Ning (boccia), Wong Zhi Wei dan Danielle Moi (renang) turut dipilih untuk bersaing dalam temasya yang diadakan dari 30 Julai hingga 6 Ogos ini, lapor The Straits Times (ST).

Kontinjen negara mempunyai 17 atlet yang bakal membuat penampilan sulung mereka dalam APG tahun ini, termasuk perenang Colin Soon dan Darren Chan serta atlet boccia Aloysius Gan.

Senarai atlet terpilih ini, yang akan diketuai oleh 'chef-de-mission' dan bendahari kehormat Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC), Low See Lien, telah diumumkan kelmarin.

Temasya dwitahunan itu dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19 pada awal 2020, apabila Filipina sepatutnya menjadi tuan rumah.

Edisi Disember lalu di Vietnam telah ditangguhkan dan kemudiannya dipindahkan ke Surakarta, juga dikenali sebagai Solo, di Indonesia.

Pada edisi terakhir di Kuala Lumpur pada 2017, Singapura berjaya mencatat kutipan pingat terbesarnya iaitu 50 pingat (sembilan emas, 17 perak, 24 gangsa).

Soon, 25 tahun, teruja dengan peluang untuk bersaing dalam APG sekali lagi selepas aksi terakhirnya pada 2015 di depan penyokong sendiri di Singapura, yang juga merupakan penampilan sulungnya.

Beliau berkata: "Saya rindu bersaing dengan kontinjen yang besar.

"Sejak beberapa tahun lalu saya hanya bertanding di temasya seperti Sukan Para Asia di mana saiz kontinjen jauh lebih kecil.

"Jadi, ia seronok dapat bergaul dengan lebih ramai atlet dan bertemu dengan atlet muda yang sedang berkembang."

Pemain sukan 'goalball', Inez Hung, tidak sabar untuk mewakili Singapura di temasya itu buat kali pertama bersama kakaknya dan rakan sepasukan, Joan.

"Walaupun saya kecewa (kerana pertandingan di Filipina dibatalkan), pasukan 'goalball' wanita melihat ini sebagai peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, kemahiran dan teknik kami," kata Hung, 30 tahun.

"Kami telah membuat persediaan yang rapi untuk APG di Solo dan tidak sabar untuk bersaing."

Sementara itu, Low, 47 tahun, yakin para atlet bersedia untuk bertanding dan menggesa agar rakyat Singapura terus menyokong mereka.

Beliau berkata: "Atlet para kami telah berlatih bersungguh-sungguh dan telah mengatasi pelbagai cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Yang penting, mereka terpaksa menguruskan kekecewaan selepas dua penangguhan temasya berturut-turut.

"Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, atlet para kami tetap memberikan dedikasi dan terus berlatih bersungguh-sungguh."

Presiden SNPC Teo-Koh Sock Miang menambah: "Kami amat berbangga melihat ramai atlet yang membuat penampilan sulung mencapai kejayaan penting dalam perjalanan sukan para mereka.

"Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam fasa terakhir persiapan untuk temasya itu."

Atlet mempunyai masa sehingga akhir Jun untuk memenuhi kriteria pemilihan bagi APG 2022.


"Kami amat berbangga melihat ramai atlet yang membuat penampilan sulung mencapai kejayaan penting dalam perjalanan sukan para mereka.
Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam fasa terakhir persiapan untuk temasya itu."

- Presiden SNPC Teo-Koh Sock Miang

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3