SESETENGAH atlit mungkin berasa gerun apabila bertemu dengan pesaing hebat, namun bagi para atlit Toh Wei Soong, ia merupakan peluang untuk membandingkan prestasi dirinya dengan golongan 'elit' itu.

Sikap positif ini serta semangatnya untuk sentiasa bekerja lebih keras, telah membawa ganjaran kepadanya semasa Sukan Para Asia yang sedang berlangsung di Jakarta sekarang.